iklaneka

Friday, November 29, 2013

Dokumentari Dengan Basikal Aku Menjelajah

( ini bukan iklan berbayar tapi hanya ingin berkongsi sesuatu yang menarik )


Tentu korang dah tengok dokumentari Dengan Basikal Aku Menjelajah di TV Al Hijrah yang masih lagi bersiaran setiap hari Ahad jam 8.30 malam yang kini akan memasuki episod kelima.Rakaman dokumentari ini dirakam dan diarah sendiri oleh pengembara basikal yang berasal dari Malaysia yang tidak asing lagi Zahariz Khuzaimah.Pengembaraan Zahariz telah bermula dari tahun 2010 dimana pengembaraan pertamanya adalah merentasi benua Asia bermula dari China dan berakhir di Kyrgyzstan dimana dia telah bertemu jodoh dengan isterinya sekarang.Untuk episod yang disiarkan di TV Al Hijrah ini, Zahariz telah mengembara ke Iceland menghadapi cuaca yang sejuk dan kawasan gunung berapi yang aktif.

Aku mula mengikuti kisah pengembaraan Zahariz melalui blog peribadinya the MalaysianNomad Project yang banyak menceritakan kisahnya secara terperinci dengan gambar-gambar pemandangan yang cantik.Kisahnya juga sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk aku melakukan pengembaraan dengan basikal suatu hari nanti jika diizinkan Tuhan, In sya Allah.Hidup berdikari seorang diri di kawasan yang agak asing pada kita dari segi cuaca, budaya dan penduduk sekitarnya adalah sesuatu yang sukar jika kita tidak mempunyai hati yang cekal seperti apa yang dilakukan oleh Zahariz.

Thursday, November 28, 2013

SENAI AIRPORT MTB XC CHALLENGE 2013


Senai Airport dengan kerjasama kelab Prince Town Knights atau PTK telah menganjurkan pertama kalinya Mountain Bike XC Challenge.Menariknya pemilihan lokasi event ini adalah di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang sentiasa sibuk dengan penumpang pada hari minggu.Penyertaan yang terhad untuk 1300 peserta sahaja telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan selepas sahaja pendaftaran dibuka.


Aku pada mulanya memang tidak berhasrat untuk menyertai event ni memandangkan tarikh event hampir dengan tarikh duedate bini aku yang akan bersalin anak ketiga.Tapi rezeki Allah anak aku telah selamat dilahirkan awal sebulan dari jangkaan tarikh tersebut.Maka aku pun berasa teruja untuk menyertai event ni.Memandangkan penyertaan yang terhad maka aku hanya mengharapkan pada rakan-rakan yang mendaftar tapi tak pergi.Alhamdullilah disaat akhir dapat juga nombor plate untuk dipakai.Bergerak seawal pagi bersama-sama Yan,Aidil dan Zul kemudian berkonvoi pula dengan team DU Bikes kami agak awal juga sampai di lokasi event.Memandangkan ini adalah challenge dan memang bukan tahap aku untuk bersaing dengan rider-rider pro,factory dan kelab maka aku seperti biasa kayuh santai-santai je la melayan liku-liku trail,janji abis dan mendapat kepuasan.


Peserta telah dibekalkan dengan sebungkus roti gardenier oleh penganjur sebelum berlepas.Ada juga bekalan kalau lapar dalam trail.Pelepasan telah dilepaskan tepat jam 8.30 pagi dengan iringan bunyi pesawat nak berlepas.Ye la kita kan kayuh kat airport so gimik kena ada.Melalui tarmac turun naik agak semput gak awal-awal kayuhan ni sebelum memasuki offroad berdekatan taman hutan bandar Kulaijaya.Ini merupakan laluan untuk event KBC dulu dan laluan trail pun ulang cetak dari trail event yang dulu.Pemilihan trail memang agak mantap juga dan rideable.Macam-macam kejutan ada didalam trail seperti twin peak,villa nabila dan lorong tikus.Laluan di tepi pagar kawasan landasan lapangan terbang ditengah cuaca yang panas memang agak melemahkan mental dan fizikal.Laluannya memang agak panjang juga.Tanda jalan pun agak jelas dan kali ni takde plak aku dengar rider yang sesat tak jumpa CP.Bercerita pasal CP,bagi aku crew CP2 paling menarik bukan sebab team JB women riders yang jaga tapi sebab ada air bandung yang sedap.Sampai aku tak cukup tangan nak pegang air penangan dari crew CP2.


Sebelum sampai CP3,Yan telah mengalami kerosakan pada basikalnya iaitu hanger rd patah.Kalau dah hanger patah memang jalan penyelesaiannya kena convert basikal jadi single speed la.Yan pulak macam dah patah semangat nak teruskan kayuhan tapi dengan kata-kata semangat dari rakan-rakan dapat gak dia habiskan kayuhan.


Ramai juga aku jumpa rakan-rakan lama yang dah lama tak berjumpa dan berkayuh bersama.Bergurau senda dengan rakan-rakan basikal dari seberang tambak memang agak menghiburkan dan menghilangkan penat.Memang itulah sebenarnya tujuan kita berbasikal untuk mencari rakan bukan lawan.Secara keseluruhan event ini memang berjaya dan patut dianjurkan lagi pada masa akan datang.


Tuesday, November 5, 2013

2nd Desaru MTB Jamboree 2013



Aku sebenarnya ditugaskan sebagai marsyal dalam event ini oleh pengerusi DU Bikes Ustaz Radzi.Tapi last minute aku bertukar fikiran untuk menjadi peserta kerana aku merasakan tak puas lagi berkayuh dalam trail desaru ni.Sebab lain kerana mengikut naluri hati yang meronta-ronta suruh aku berkayuh dan jika aku berkayuh bermakna ada la benda aku nak cerita panjang lebar dalam blog aku ni yang sentiasa sepi.Aku bergerak dari Gugusan Adela dengan Nan dan Pro Rider Jon aka Collin dengan sorang satu kereta dan satu basikal.Apa tak reti berkongsi kereta ke korang ni hahaha...

Ini merupakan penganjuran kedua DU Bikes dimana yang pertama penganjurannya agak kurang sambutan kerana promosi yang kurang dan selisih dengan event yang lain.Tapi kali ini DU Bikes telah pun membuat persiapan yang agak rapi dan teliti dari trail hingga pengurusan.Aku ucapkan syabas kepada DU Bikes kerana event ini tidak mengecewakan dan lain dari kebiasaan event yang pernah korang pergi.Memang amat berbeza sekali laluan trailnya.Rugi sapa yang tak datang berkayuh.

Aku dah beberapa kali juga berkayuh kat trail desaru ini termasuk 2 kali test trail tapi dua-dua separuh trail je.Apa yang menarik test trail pertama laluan lain manakala test trail kedua dah tukar lain pulak.Jika event ni dihidangkan dengan trail yang pertama aku test nescaya korang tak akan puas.Tapi setelah laluan ditukar dan menjadi rasminya sebagai event trail maka korang pun merasa keseksaannya dan kepuasannya.Dari starting hingga CP1 menghidangkan laluan berbukit bukau tanpa mengenal kasihan.Masuk je offroad dah dihidangkan bukit yang panjang sehingga la jumpa CP1 yang berada di atas bukit.Klimaknya tentu la kat bukit maxxis dibelakang sekolah sukan bandar penawar.CP1 ke CP2 pun mencanak gak bukit-bukitnya dengan keadaan trail yang open terutama di kawasan mendaki.CP2 dilokasi Taman Desaru Utama disertakan dengan pisang dan air.Terima kasih kepada Rahman KBC atas pemberian sneak energy bar ciptaannya sendiri.Memang sedap.Sapa nak boleh order dengan Rahman KBC.


CP2-CP3 adalah laluan road sebelum memasuki offroad ladang siang yang tersangat panas kerana open trail dan berbukit bukau.Nasib baik pendek je sebelum memasuki road semula menuju bulatan Tanjung Balau dan menuju CP3 yang terletak di tepi pantai.Maka bermulalah "Kayuhan Di Tepi Pantai" yang panjang dan panas.Nasib baik aku lalu air dah surut.Rider yang awal-awal lalu memang mandi air laut rasanya jika mengikut bekas tayar dimana waktu mereka lalu mungkin air tengah pasang.Kat sini aku kayuh santai-santai je sambil menikmati deruan ombak sambil melihat aksi budak-budak Singapore main surf.Kalau aku bawa fat bike memang sesuai sangat la kayuh kat pantai ni.Laluan pantai ni pun ada rock garden section tapi tak teknikal mana pun.Main cilok-cilok je celah batu.Kemudian masuk semula laluan singletrail yang pendek sebelum ke garisan penamat.


Apa yang menarik di garisan penamat ada 2 bunker pasir macam korang tengok kat padang golf tu.Tapi yang ni kat event basikal mountain bike.Ni pasir pantai semulajadi ada kat situ tapi memang agak menarik la sebab rider conform tak kayuh laju-laju ke panamat.Sampai bunker kalau tak slow atau pun menolak.Aku pilih menolak sebab dah malas nak kayuh.Yang jatuh pun ramai gak sebab nak tunjuk terror kat awek-awek yang bagi medal hahaha...Memang lain dari yang lain yang tak akan korang jumpa kat mana-mana event pun.Lepas kayuh jangan lupa basuh basikal kat bomba.Nanti ada plak yang jahanam kena air masin.



Dari segi marking kat trail memang terbaik sebab jelas walaupun sekadar tanda anak panah dan zebra tape.Tanda anak panah diletakkan disetiap simpang diatas paras mata.So memang rider akan nampak jelas mana arah yang kena lalu.Tapi ada juga yang tak jumpa CP1.Ni memang kes terlampau laju sampai tanda semua tak nampak.Aku cadangkan untuk next event letakkan sekali potongan kertas disetiap simpang.Mungkin lagi mudah untuk dilihat jika tak nampak anak panah.

Dari segi pengurusan juga perlu diucapkan tahniah dengan crew yang ramai di setiap CP dan finishing.Crew juga amat membantu peserta terutama di dalam trail jika terdapat kesulitan dan kemalangan.Makanan pun menarik dengan hidangan nasi ayam walaupun aku makan tak abis tapi memang sedap.Lucky draw aku tak tau sebab aku dah cabut dulu gi lepak kat waterpark lotus desaru dengan family.Tapi no aku ada luck gak dapat la 2 biji blinker ngan kenda tiub yang diambil oleh Nan.Harapan untuk dapatkan motor EX5 tak kesampaian.Takpe la takde rezeki.

Secara keseluruhannya 2nd Desaru MTB Jamboree boleh dikira antara event MTB terbaik dari segala segi.Aku mengucapkan tahniah sekali lagi kepada penganjur DU Bikes dan semua crew yang terlibat.Tak rugi aku kayuh...



Monday, November 4, 2013

Geng Baju Kotak

Kayuh basikal pun kena berfashion gak...biar santai asal bergaya...kata orang negeri mana ntah...hahaha...rider santai kena pakai santai-santai je...


Tengkil Waterfall Ride Video

Just nak share video masa kita orang main basikal kat tengkil waterfall.This is first ever team mountain bike kayuh kat sini.Memang menyeronokkan.Jusy watch n enjoy...








Sunday, November 3, 2013

Air Terjun Tengkil trail

Dah lama aku tak update blog ni dari bulan puasa lagi.Ni dah masuk raya haji plak.Tapi memang tak banyak aktiviti kayuhan yang nak dikongsi.Aku ada gak terlibat dalam uji trail utuk event kali kedua desaru mtb jamboree yang dianjurkan oleh kelab desaru utama yang akan berlangsung pada 3 nov ni.Datangla eramai-ramai untuk memberi sokongan pada event ni nanti.

Ahad lepas seperti hari minggu yang lain pasti dipenuhi dengan aktiviti basikal.Kali ini bersama-sama team cyclemotion,pg gerek,rideable singapore dan ride brothers singapore kami seramai 36 riders telah menerejah trail yang masih dara lagi bagi pencinta mountain bike iaitu trail air terjun tengkil dilokasi Petri Jaya,Kota Tinggi.Trail ni telah dijumpai oleh captain Neo cyclemotion yang sering kesana bersama team scramblernya.

Tepat pukul 9 tayar pun bergolek melalui tarmac menuju ke kebun kelapa sawit yang banyak pendakian yang mencabar menuju ke kawasan hutan.Selepas melepasi kebun sawit kami dihidangkan dengan laluan singletrail yang panjang dan berbatu longgar.Agak mengujakan juga laluan ni yang kemudian sampai ke kawasan lapang tanaman sayur.Dari situ kami meneruskan perjalanan ke kawasan hutan sebelum berhenti di laluan uphill yang panjang dan licin.Dari sini la cabaran bermula dimana byk menolak kemudian downhill melepasi akar2 pokok yang besar.Kerap juga aku menonggeng disebabkan salah pilih laluan.

Selepas melepasi drop 12 kaki dan lumpur yang tebal kami dihidangkan keindahan jeram sungai yang dingin.Ingatkan dah sampai ke destinasi yang dituju tapi rupanya perjalanan masih jauh lagi.Dari jeram aktiviti tolak basikal diteruskan di laluan uphill yang licin dan penuh pacat.Di sesetengah tempat masih lagi boleh berkayuh bagi yang bertenaga.Akhirnya kami sampai juga di air terjun tengkil yang berada 200 meter dari aras laut.Air terjun memang dara lagi tanpa banyak pencemaran dari tangan2 manusia.Hilang segala penat setelah dapat berendam dibawah pancuran air terjun yang sejuk.

Ketika bersiap pulang geng scrambler pun sampai mengambil alih keseronokan di air terjun.Laluan balik sama seperti laluan datang so kali ni downhill yang teknikal dan licin jadi hidangan.Geng2 enduro/all mountain dah tak sabar2 nak tunjuk aksi masing2.Memang mengujakan tapi silap langkah cium tanah la jawabnya.Kami keluar dari trail pukul 3 petang.Walaupun penat tapi masing2 berasa puas hati.Aku pula bawa balik pacat kat tangan yang dilindungi glove.Perasaan ingin kembali semula terasa meluap-luap.Tq to captain Neo dan cyclemotion yang bawa kitaorg ke trail air terjun tengkil.

Selamat menyambut hari raya aidiladha bagi semua rakan2 muslim.