Antara laluan semasa acara Gugusan Adela MTB Ride 2011 adalah 2 buah bukit yang agak penat juga untuk mendaki walaupun tak tinggi.Kami namakan bukit 1 dan bukit 2.Dulu memang geng GACC suka berkayuh kat sini sebab pemandangan atas bukit tu cantik dapat melihat tanjung belungkur,pulau linting dan sungai johor.
Masa acara 2011 cuaca sepanjang hari hujan lebat.Dua buah bukit ni menjadi sukar untuk didaki apatah lagi ditolak bersama basikal.Bukit 1 terlalu bercerun dengan keadaan permukaan trail yang berbatu longgar.Memang amat sukar untuk berkayuh dan memerlukan skill dan kestabilan pengayuh.Manakala bukit 2 pula melalui lereng bukit dan pendakian di sini hanya memerlukan tenaga untuk memacu basikal.
Selepas 4 tahun, 2 hari lepas aku,zul santai,nan dan pengayuh baru medan mengambil keputusan untuk menakluk semula bukit tersebut.Bukit 1 kelihatan pokok-pokok sawit dah membesar dan permukaan trail yang dah kurang batu-batu longgar.Pendakian sudah menjadi mudah tapi kecerunan pula menjadi halangan.Alhamdullilah giant trance aku ngan gear 9 speed dan fork 140mm masih lagi mampu menakluk sampai ke puncak.
Seterusnya ke bukit 2 yang terletak di seberang jalan raya memisahkan dengan bukit 1 permulaan laluan mendaki telah bersemak.Terpaksa la meredah semak dahulu mencari laluan yang betul.Keadaan laluan sama seperti dulu cuma di beberapa tempat hakisan air hujan menyebabkan pendakian menjadi sukar.Maka laluan yang betul perlu dipilih untuk teruskan kayuhan atau sekadar menolak saja basikal.
Sampai di puncak nikmati dahulu pemandangan waktu petang dan sesi bergambar.Apa yang menariknya di bukit 2 ni adalah laluan downhill yang amat lazat dengan sedikit teknikal.Ditambah pula laluan yang sudah dihakis air hujan terdapat beberapa drop yang perlu ditempuh.Walaupun pendek tapi aku amat teruja maka aku pun rasmikan dulu turun.
Puas hati dapat kembali semula menjejaki trail yang dah lama ditinggalkan.Anugerah King Of Mountain dimenangi sapa lagi aku la.Otai GACC Zaid,Zam dan Isa apa lagi jom la kembali beraksi.
|
pendakian bukit 1 |
|
pendakian bukit 1 |
|
pemandangan puncak bukit 2 |