iklaneka

Sunday, April 20, 2008

Sejarah G.A Cyling Club





G.A Cycling Club adalah singkatan kepada perkataan Gugusan Adela Cycling Club yang ahlinya terdiri dari belia dan peneroka dari empat kawasan rancangan di dalam Gugusan Adela iaitu Felda Sening,Tunggal,Adela dan Kledang.Secara rasminya G.A Cycling Club telah ditubuhkan pada 2 April 2008 dimana idea ini telah dicetuskan oleh En.Mahmud Bin Mahmad apabila melihat peneroka dan belia felda Gugusan Adela telah aktif berkayuh basikal setiap petang.Ketika ini G.A Cycling Club telah mempunyai ahli yang berdaftar seramai seramai 30 orang yang bukan sahaja terdiri dari peneroka dan belia felda Gugusan Adela,malah penyertaan dari felda-felda lain di kawasan Kota Tinggi ini.Tujuan G.A Cycling Club ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan lagi penduduk di kawasan Gugusan Adela ini bergiat aktif dalam bersukan terutama berbasikal.Ketika ini G.A Cycling Club telah mempunyai sebuah trek untuk mountain bike bagi tujuan latihan yang dihasilkan secara bergotong-royong disebuah kawasan hutan di Felda Kledang.


No comments: