iklaneka

Sunday, December 5, 2010

Plentong Epic Ride Successful...

Plentong Epic Ride telah pun berakhir.Dengan menghimpunkan seramai 750 riders dari 16 buah negara sudah cukup membuatkan Kampung Plentong Baru kecoh sekejap.Seawal jam 7.00 pagi kemeriahan telah dirasai.G.A.C.C pula telah membuka meja pendaftaran bagi Gugusan Adela MTB Ride 2011.Terima kasih kepada mereka yang mendaftar dan sudi menjengok dan bertanya khabar tentang event itu.
Bagi G.A.C.C dengan Kota Tinggi MTB riders yang bersatu atas nama Back On Track,kepuasan cukup dirasai terpancar disetiap wajah mereka yang semuanya berjaya menghabiskan 60km plentong trail.Berbeza dari trail yang lepas,kali ini Cyclemotion seperti ingin memberikan kepuasan melayan singletrail yang terbaik,teknikal downhill yang mencabar dan bukit yang penat untuk dikayuh sekalipun ditolak.
Hadiah untuk lucky draw pula memang menarik belaka.Manakala untuk main lucky draw pula adalah hadiah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua riders iaitu sebuah Giant Anthem sumbangan Angah Bike Shack.Sungguh murah hati sekali Angah.Kali ini semua finisher riders berjaya mendapat silver medal manakala gold medal diberikan untuk top 100 riders.
Kesimpulannya adalah Plentong Epic Ride adalah jamboree terbaik di negeri Johor.Diharap jamboree ini dapat diteruskan setiap tahun.Tahniah Cyclemotion.






No comments: