iklaneka

Friday, June 6, 2014

Selfie @Kiara

selfie paling selfie...hahaha

Balik dari Janda Baik aku tak terus balik Johor sebab isteri dah ambil cuti seminggu.So,selepas menghantar mak mentua balik Seremban,percutian diteruskan lagi.Tak kemana pun hanya melawat dan lepak-lepak ngan adik beradik kat Klang.Dikesempatan itu juga dah alang-alang aku bawa basikal terus saja deal ngan Herman untuk berkayuh kat Bukit Kiara.Memang dah lama mengidam sangat nak kayuh kat mtb trail paling best di Malaysia.

Herman...dipermulaan trail 2K

Hari Rabu dipilih kerana trail tak ramai yang berkayuh.Berpandukan GPS bergerak dari Taman Botanik,Klang pukul 9 pagi dan sampai di Bukit Kiara sejam kemudian.Alhamdullilah trafik agak lancar kecuali selepas tol damansara yang jem sikit.Herman agak lambat sikit mungkin sibuk dengan urusan di office sebelum boleh keluar berkayuh.Aku berkayuh hanya berdua je memandangkan hari yang dipilih hari bekerja.Tapi ada juga terjumpa mat saleh sorang-sorang berkayuh dan beberapa orang lagi yang baru selesai berkayuh secara solo dalam kiara.Kayuhan bermula pada pukul 11.30 hampir waktu tengahari.Tapi tak perlu risau kena panas sebab trail canopy.

Ini merupakan pengalaman aku yang pertama berkayuh di trail Bukit Kiara.Perasaan teruja dan suka membuak-buak sebab memang dah lama teringin nak berkayuh di sini.Taman Rimba Bukit Kiara sedang dalam penambahbaikan infrustrukturnya termasuk pembinaan pagar mengelilingi Bukit Kiara yang dibantah pembinaannya oleh TRAKS iaitu sebuah NGO yang menjaga dan memulihara trail-trail dalam Bukit Kiara.Trail mtb Bukit Kiara memang terkenal dengan singletrail yang teknikal diselang seli dengan downhill,drop,switchback dan lalulan berbatu.Semua ini cukup memberikan satu keseronokan berbasikal mtb.

Trail pertama Herman bawa aku adalah Office Trail.Belum pun keluar peluh setitik aku dah menonggeng kat satu switchback yang agak tajam yang gagal aku tawan.Office trail ni boleh dikatakan trail untuk level beginner kerana tahap kesukarannya yang biasa.Sampai di jalan berturap duduk seketika mengambil nafas setelah menolak bukit di penghujung trail.

meta vs trance

Kemudian aku dibawa ke Magic Carpet trail pula.Trailnya aku rasa tak berapa panjang dan tahap kesukaran pun agak biasa.Mungkin sesuai untuk pemanas badan sebelum ke trail-trail yang lebih ganas selepas ini.Selepas Magic Carpet ke trail 2k pula.Ini adalah trail wajib bagi setiap pengayuh.2k trail bermula dari sebuah pondok rehat yang membawa ke laluan menurun dan teknikal dengan drop yang sengaja direka menambah tarikan dan cabaran.Part yang mencabar mungkin di downhill triple terrace yang berliku dengan laluan air.Agak gerun juga kalau tengok.Herman suruh aku return balik 2k kalau tak puas tapi aku menolaknya.Selepas berehat seketika,Herman syorkan naik semula ke pondok melalui laluan trail kerana cuaca yang semakin panas untuk melalui tarmac.Aku pun tak tau nama trail yang banyak uphill dan switcback ni tapi agak penat la berkayuh dan juga menolak.

Berehat seketika di pondok sambil berbual dengan pekerja Jabatan Perhutanan yang sedang melakukan kerja mengenal pasti penyakit pokok di Taman Bukit Kiara.Baru aku tau pokok getah kat Bukit Kiara ni dah berumur lebih dari umur kemerdekaan Malaysia.Selepas puas berehat Herman bawa aku sekali lagi mendaki ke twin peak.Satu pendakian yang agak panjang sampai satu ketika hanya aku berseorangan manakala Herman dah jauh dibelakang.Sampai je di Shaolin trail dan berehat sebentar di signboard double gap sambil menunggu Herman sampai.Shaolin trail ni merupakan trail untuk pengayuh downhill dengan terdapat beberapa halangan lompatan dan berm.Kat sini Herman melakukan aksi lompatannya untuk lepaskan gian kat satu gap.Selepas beraksi sambung mendaki lagi sehingga sampai ke permulaan Kampong Trail.Kampong trail ini adalah laluan menurun yang panjang yang kemudiannya bersambung dengan flinston trail yang merupakan laluan berbatu yang panjang sehingga bertemu satu lagi downhill triple terrace dengan drop yang agak tinggi juga.Ketenangan semasa mengambil downhill dan drop diperlukan untuk mencari laluan yang selamat.Akhir sekali sampai di kawasan parking di mana tempat bermulanya kayuhan.

trail downhiller beraksi

Masa diambil hampir 4 jam di dalam trail Bukit Kiara.Aku sebenarnya tak merasa puas dan ingin kembali lagi berkayuh di Bukit Kiara.Herman mempelawa hari keesokannya tapi memandangkan ada urusan lain maka tak dapat la untuk menerima pelawaan Herman.In sya Allah aku akan kembali lagi beraksi di trail Bukit Kiara.Terima kasih banyak-banyak kepada Herman yang sudi menemankan aku berkayuh di Bukit Kiara walaupun sibuk dengan urusan kerjanya.

No comments: