Antara trail mtb yang best kat Kota Tinggi ini adalah di kawasan air terjun Kota Tinggi.Trail yang meliputi singletrail hutan dan kebun kelapa sawit memang amat menyeronokkan.Hanya 20km sahaja tetapi pasti memberikan kepuasan.Trail ini juga boleh ditambah 10km jika melalui kawasan kebun getah.Jika selapas hujan,trail agak berlumpur dan banyak pacat.Trail ini dibahagikan kepada 4 section dimana section pertama akan melalui jalan balak yang telah lama ditinggalkan.Selepas itu section 2 akan melalui kawasan kebun kelapa sawit.Section 3 pula akan melalui laluan hutan yang berlumpur dan 2 pendakian sehingga menemui kawasan lombong.Kemudian di section 4 akan menuruni downhill yang panjang sehingga berjumpa ladang kelapa sawit sekali lagi dan terus menuju ke kawasan air terjun di dalam hutan.Disini trail agak teknikal dan berbatu serta perlu melintas 3 anak sungai.Akhir sekali berhenti rehat di air tejun sebelum berpatah balik.Hutan air terjun ini masih lagi menyimpan binatang-binatang liar seperti harimau,babi hutan dan gajah.Oleh itu kena sentiasa berhati-hati.
No comments:
Post a Comment