Ahad lepas seperti hari minggu yang lain pasti dipenuhi dengan aktiviti basikal.Kali ini bersama-sama team cyclemotion,pg gerek,rideable singapore dan ride brothers singapore kami seramai 36 riders telah menerejah trail yang masih dara lagi bagi pencinta mountain bike iaitu trail air terjun tengkil dilokasi Petri Jaya,Kota Tinggi.Trail ni telah dijumpai oleh captain Neo cyclemotion yang sering kesana bersama team scramblernya.
Tepat pukul 9 tayar pun bergolek melalui tarmac menuju ke kebun kelapa sawit yang banyak pendakian yang mencabar menuju ke kawasan hutan.Selepas melepasi kebun sawit kami dihidangkan dengan laluan singletrail yang panjang dan berbatu longgar.Agak mengujakan juga laluan ni yang kemudian sampai ke kawasan lapang tanaman sayur.Dari situ kami meneruskan perjalanan ke kawasan hutan sebelum berhenti di laluan uphill yang panjang dan licin.Dari sini la cabaran bermula dimana byk menolak kemudian downhill melepasi akar2 pokok yang besar.Kerap juga aku menonggeng disebabkan salah pilih laluan.
Selepas melepasi drop 12 kaki dan lumpur yang tebal kami dihidangkan keindahan jeram sungai yang dingin.Ingatkan dah sampai ke destinasi yang dituju tapi rupanya perjalanan masih jauh lagi.Dari jeram aktiviti tolak basikal diteruskan di laluan uphill yang licin dan penuh pacat.Di sesetengah tempat masih lagi boleh berkayuh bagi yang bertenaga.Akhirnya kami sampai juga di air terjun tengkil yang berada 200 meter dari aras laut.Air terjun memang dara lagi tanpa banyak pencemaran dari tangan2 manusia.Hilang segala penat setelah dapat berendam dibawah pancuran air terjun yang sejuk.
Ketika bersiap pulang geng scrambler pun sampai mengambil alih keseronokan di air terjun.Laluan balik sama seperti laluan datang so kali ni downhill yang teknikal dan licin jadi hidangan.Geng2 enduro/all mountain dah tak sabar2 nak tunjuk aksi masing2.Memang mengujakan tapi silap langkah cium tanah la jawabnya.Kami keluar dari trail pukul 3 petang.Walaupun penat tapi masing2 berasa puas hati.Aku pula bawa balik pacat kat tangan yang dilindungi glove.Perasaan ingin kembali semula terasa meluap-luap.Tq to captain Neo dan cyclemotion yang bawa kitaorg ke trail air terjun tengkil.
Selamat menyambut hari raya aidiladha bagi semua rakan2 muslim.
2 comments:
kalau tak salah, ini ialah air terjun sungai lebak, bukan air terjun tengkil...
Betul. Itu air terjun Sg. Lebak. Bukan Air Terjun Tengkil. Sy pn da sampai sana. Kalo yg Tengkil ada Air Terjun 7 Tingkat.
Post a Comment