iklaneka

Saturday, June 7, 2014

Bercuti dan Berjambore

Bercuti

19-20 April 2014 bersama keluarga dan mak mentua telah bergerak ke kawasan percutian yang tak pernah lagi aku jejaki iaitu Janda Baik,Pahang.Terletak bersempadan dengan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Genting Highland dan Bukit Tinggi,Janda Baik juga merupakan kawasan tanah tinggi tapi agak tersorok dan dihiasi dengan keindahan kawasan perkampungan.Rupanya Janda Baik merupakan pusat percutian yang agak popular juga dikalangan pelancong yang inginkan percutian yang mendamaikan.

Terdapat begitu banyak tempat penginapan berupa resort dan homestay di Janda Baik ni.Paling menarik kebanyakannya terletak bersebelahan dengan sungai yang cantik dan tidak tercemar dengan arus pembangunan dan kerakusan manusia.Aku dan keluarga telah memilih De River Resort sebagai tempat untuk menginap dan telah pun membuat tempahan seawal bulan februari lagi.Aku memilih resort ini kerana harganya yang berpatutan,kawasan yang menarik dan chalet berhadapan dengan sungai.Senang cerita buka pintu boleh terus terjun sungai.Keadaan chalet pun agak memuaskan yang boleh memuatkan aku sekeluarga dimana 3 dewasa dan 3 kanak-kanak.Yang penting sila bawa toto sendiri.Chalet dilengkapi dengan kipas sahaja kerana suhu di Janda Baik yang agak sejuk dan tiada disediakan televisyen.

pemandangan de river resort

Tujuan sebenar bercuti di Janda Baik ni adalah akan menyertai acara basikal Janda Baik MTB Jambore bersama dengan geng L.O.B.O.R yang lain iaitu Aidil,Zul dan Nizam.Yan pula tidak dapat lagi kayuh bersama kerana bertugas di Miri pula.Tempatnya telah diganti dengan anak saudara Aidil.Aku telah membuat tempahan 4 chalet dimana 3 chalet untuk aku,Aidil dan anak sedaranya bersama keluarga masing-masing manakala sebuah untuk Zul dan Nizam.Menariknya kami dibenarkan check in 2 jam awal disebabkan chalet memang sedia kosong dan tidak dikenakan caj tambahan.Tapi jika check-out lewat,setiap sejam akan dikenakan caj RM10.Acara waktu petang adalah acara untuk berendam didalam sungai yang memang sejak tiba masing-masing dah tak sabar.Tapi punyalah sejuk tak sampai sejam dah menggigil satu badan.

anak-anak suka mandi sungai

chef bbq terhebat

chef wanita

Seperti biasa aktiviti berbbq memang menjadi acara wajib kalau dah berkumpul ramai-ramai ni.Memang seronok dapat berkumpul dan bergotong royong memasak pelbagai makanan untuk makan malam.Kehadiran rakan-rakan basikal dari BKCC dan DU Bikes yang singgah sebentar memeriahkan suasana percutian.

bersama BKCC members

Janda Baik MTB Jambore

Ini adalah penganjuran kali kedua SK Event Management.Aku memang dah lama pasang impian untuk menyertai acara ini sejak diperkenalkan pertama kali pada 2013.Dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan dikelilingi dengan kehijauan hutan memang aku dapat rasakan cabaran pada laluan acara ini.Aku telah meracun geng L.O.B.O.R untuk turut serta dan hanya Aidil,Zul dan Yan saja yang menyahut cabaran.Malangnya Yan tidak dapat turut serta disaat akhir.Kerana terlalu teruja,kita orang adalah antara 30 terawal yang mendaftar acara ini.

sedia untuk bersantai

Acara telah bermula di padang sebelah balairaya Kampung Janda Baik yang kemudiannya peserta diarahkan untuk berada di jalanraya bersebelahan padang 10 minit sebelum pelepasan yang menyebabkan keadaan tidak terkawal kerana pintu pagar yang sempit.Laluan jalanraya membawa peserta berkayuh disekeliling kampung Janda Baik sebelum penghujungnya sebuah bukit yang agak tinggi dan curam dimana bermulanya laluan offroad.Disini berlaku kesesakan peserta yang agak panjang mengambil giliran untuk menolak mendaki bukit yang menuju ke checkpoint 1.

gambar dari cycling malaysia

Laluan yang disediakan merupakan laluan 4WD tetapi dari awal sampai habis naik turun bukit tanpa langsung dapat menarik nafas kelegaan.Di pertengahan laluan perlu merentasi sebuah sungai yang berjaya menarik peserta untuk berpesta dan mandi manda.Bagi yang kayuh santai-santai macam aku memang tak akan lepaskan peluang yang ada.Tapi aku hanya duduk memerhati saja sebab dah puas mandi sungai kat chalet.Nanti balik kayuh pun memang aku berendam lagi dalam sungai kat chalet.

sahabat baik tapi jarang2 dapat jumpa

Secara keseluruhan bagi aku acara ini boleh dikatakan berjaya dengan laluan trail yang mantap dan pengurusan acara yang teratur.Cuma pelepasan peserta patut diperbaiki.Namun masih ada komen-komen pedas dari peserta terutama bab penipuan harga penginapan yang penganjur carikan untuk peserta.Ini berlaku ke atas rakan baik aku sendiri dan teamnya dan tidak sepatutnya perkara ini berlaku jika pengurusan bersikap professional dan jujur.Juga bab makanan yang dikatakan sudah basi tapi alhamdulliah makanan yang aku makan elok dan pengurusan peserta yang cedera lambat diberikan rawatan.

Nampaknya ada seruan untuk boikot segala acara yang dianjurkan oleh SK Event Management.Terpulang kepada pendirian masing-masing tapi bagi aku percutian ke Janda Baik ni memang terbaik dan in sya Allah aku akan kembali lagi untuk bercuti di sini.

No comments: