Johor International Gunung Ledang MTB Ride julung kalinya telah dianjurkan oleh SK Event Management pada 3 Mei 2014.Acara yang aku tunggu-tunggu sebenarnya kerana nak merasai dan menakluki trail Gunung Ledang.Bersama Aidil dan Zul kami bergerak malam jumaat menuju ke Tangkak,Muar.Perancangan asal untuk lepak saja di masjid depan Dataran Tangkak.Tapi dalam perjalanan menuju ke sana, Ustaz Radzi DU Bikes call kita orang suruh singgah dan tidur saja di homestay DU Bikes menginap.Bilik kita orang pun telah siap disediakan.Nak tak nak kami menerima pelawaan tersebut.
3 biji je...29,27.5 dan 26 |
gambar dari cycling malaysia |
Awal pagi kami hanya berkayuh saja dari homestay ke tapak acara.Tengok pada sambutan yang agak kurang memberangsangkan mungkin kerana kejadian di Janda Baik yang membuatkan rakan-rakan pengayuh tawar hati untuk menyertai acara anjuran SK Event lagi.
Pelepasan dimulakan dengan laluan jalan raya yang agak panjang juga sebelum menuju ke estet kebun kelapa sawit.Laluan ke CP1 agak menarik terutama pada laluan downhill yang panjang dan banyak bumping membuatkan basikal aku sentiasa nak terbang je.Sampai di bumping terakhir yang agak tinggi membuatkan aku terwikang sehingga Aidil yang berada dibelakang berasa cemas.Aku sendiri pun dah cemas nasib baik dapat mengawal basikal.
lepak mendaki gunung ledang spi 2 botol air abis |
nasib baik ada pisang ngan air kat cp |
Terdapat satu pendakian yang agak panjang dan tinggi sebelum menuju CP3.Mengikut GPS Aidil laluan mendaki tersebut adalah kawasan Gunung Ledang.Yang peliknya ditengah-tengah pendakian ada pulak sebuah rumah banglo tinggal yang terletak di lereng bukit.Pemandangan dari banglo tersebut memang menarik malangnya tidak berpenghuni.Selepas CP3 dibelanja pulak laluan downhill yang banyak switchback tajam sampai aku terlanggar seorang krew selepas rider dihadapan aku terbabas mengambil switchback.Seronok pula aku melayan downhill ni.
Dari awal sampai finishing aku berkayuh bersama Aidil saja.Zul pula kat jalan raya dah berdesup terus tak nampak.Keseluruhan trail Gunung Ledang ni memang terbaik.Makanan pula dengan menu tradisi orang Muar iaitu asam pedas dan lauk-lauk kampung.Aku sekali lagi dapat hadiah nombor bertuah berupa 2 botol Procell.Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment