1. Funride Kelab Basikal Air Tawar 2 yang dianjurkan secara kecil-kecilan dengan jemputan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.Kelab Basikal Air Tawar 2 adalah sebuah kelab yang baru juga ditubuhkan dan ahlinya semakin bertambah dikalangan penduduk generasi kedua Felda Air Tawar.Penganjuran pertama kali ini berjaya mencapai matlamatnya sebagai sesi perkenalan rakan-rakan pengayuh disekitar Kota Tinggi.Terima kasih untuk layanan dan juadah makanan pagi dan tengahari yang disediakan.Harap dapat dianjurkan lagi dimasa akan dating dan selamat maju jaya kepada Kelab Basikal Air Tawar 2.
2. 100 Years EC Challenge.Buat pertama kalinya sempena sambutan 100 tahun sekolah yang berprestij di Johor Bharu iaitu English College menganjurkan acara basikal fixie,roadbike dan mountain bike selama 2 hari.Bagi acara mountain bike agak menarik kerana laluan yang dipilih merangkumi laluan road sekitar bandaraya JB dengan diselang seli laluan offroad termasuk di Hutan Bandar dan Taman Merdeka.Malangnya acara ini telah dicacatkan dengan isu keselamatan peserta di laluan jalanraya yang sibuk pada pagi sabtu dan tanda arah yang bercelaru.Acara roadbike pun begitu juga dengan keputusan finalis yang kelam kabut.Sebenarnya banyak lagi kecacatan penganjuran ini dari hari pengambilan goodies lagi.Kemegahan English College telah dicemari dengan penganjuran acara basikal yang paling teruk pernah aku sertai.
3. Pasak Cycling Club Funride yang ketiga kalau tak silap aku dianjurkan.Aku memang suka trail Felda Pasak ni sebab banyak laluan uphill yang mencabar.Terima kasih kepada En.Zaim sebagai perintis sukan basikal di Felda Pasak.Sejak pemergiannya ramai warga generasi kedua sudah berjinak dengan basikal sehingga tertubuhnya Pasak Cyling Club.Agak meriah juga penyertaan kali ini dengan kehadiran rakan-rakan dari seluruh Kota Tinggi,Pasir Gudang dan Johor Bharu.Pasak Cyling Club sedang merencana untuk menganjurkan acara yang lebih besar selepas hari raya nanti.Mari kita tunggu sahaja pengumumannya.
4. Kota Tinggi Mountain Bike Challenge yang dianjurkan oleh IPPJ di dalam kawasan ladang estet R.E.M Kota Tinggi.Penyertaan aku dengan menggunakan passport Yan yang tak dapat berkayuh.Aku pada mulanya pun malas nak sertai acara ini tapi last minit ambil keputusan berkayuh juga la suka-suka.Aku dah banyak kali berkayuh dalam ladang R.E.M ni dan dah tau bentuk laluannya.Cuma bukit pisang aku tak pernah kayuh lagi.Agak menarik checkpoint diletakkan di atas bukit pisang dimana peserta akan uphill untuk mendapatkan sticker,air dan pisang kemudian turun balik.Paling menarik bab hadiah lucky draw kebanyakannya barang-barang elektronik seperti tv lcd,smartphone dan tablet.Bagi aku lagi bagus penganjur meletakkan hadiah seperti ini dari barang-barang basikal yang biasa sangat.
Ada lagi tapi bersambung....
No comments:
Post a Comment