iklaneka

Thursday, September 4, 2014

Kayuhan Amal Mesra Belia Sakinah

Dah lama aku tak mencoret sesuatu kat blog ni.Dari sebelum puasa sampai dah abis raya.Begitu juga jangka masa aku langsung tak pegang basikal.Hari-hari yang sibuk menguruskan perniagaan yang baru dibina bersama isteri tersayang.Maka kena memberikan fokus dan komitmen 200% untuk menempa kejayaan In Sya Allah.

Tanggal 30 Ogos yang lepas Persatuan Belia (MBFM) Felda Tunggal ada menganjurkan kayuhan amal mesra belia sakinah sempena menyambut ambang kemerdekaan pada sebelah malamnya.Banyak juga program yang berjalan pada hari sabtu selain dari kayuhan amal sehingga penutupnya dengan acara percikan bunga apa tepat pukul 12 malam.Oleh kerana program berlaku di kampung sendiri maka aku secara rasminya kenalah juga terlibat sama.Tapi hanya sebagai peserta saja.

Kayuhan amal ini telah disertai oleh 80 peserta dari kelab GACC sendiri,DU Bikes,sorang wakil dari kelab SHEQ,Sky Banana,LOBOR dan budak-budak sekolah.Ada juga peserta yang dari Pasir Gudang turut memeriahkan acara.Perasmian dilakukan oleh Adun Pengerang iaitu YB Dato Sis yang juga turut berkayuh.Konvoi berarak ke tujuh buah rumah penduduk Felda Tunggal yang sudah dikenal pasti menghidapi masalah kesihatan.Di setiap buah rumah YB akan menghulurkan bantuan berupa kerusi roda,tongkat dan lain-lain.Selepas habis menziarahi tujuh buah rumah para peserta dibawa pula berkayuh mengelilingi kawasan felda Gugusan Adela sebelum berakhir di tapak mulanya acara iaitu dataran felda tunggal.Peserta dihidangkan makanan tengahari dan cabutan nombor bertuah.Seperti biasa aku memang tak bertuah.

Kesimpulannya amat bagus diadakan acara kayuhan amal ini kerana dapat juga mengumpulkan belia gugusan adela yang berbasikal dan juga mempopularkan sukan basikal ini dikalangan warga felda gugusan adela.Acara sambutan di ambang merdeka ini adalah acara tahunan tapi pertama kali acara berbasikal dianjurkan.Diharap tahun depan ada lagi dan dianjurkan dengan lebih besar pula.

No comments: