iklaneka

Sunday, September 21, 2014

King Of Desaru Trail


Pada 6 dan 13 September 2014 DU Bikes telah menjemput aku dan geng GACC untuk mencuba trail jamboree King Of Desaru yang akan diadakan pada 8 November 2014 akan datang.Pada kayuhan pertama hanya enam orang sahaja yang berkayuh manakala pada kayuhan kedua disertai seramai 10 orang pengayuh.Jadi untuk dua kayuhan ini aku jadikan satu cerita sahaja.

Kayuhan bermula dari restoran Ehsan Jaya Taman Desaru Utama.Selepas bersarapan kayuhan pun bermula melalui tarmac menuju ke ladang LGM.Pada hari jamboree nanti tapak bermula kayuhan adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara.Ladang LGM adalah permulaan laluan offroad yang berjarak lebih kurang 3km dari tapak permulaan.Melalui ladang kelapa sawit dan getah dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau sehingga kemuncaknya Bukit Maxis.Jika pada acara tahun lalu peserta hanya berkayuh diseparuh bukit kelainan pada acara tahun ini permulaan pendakian akan memberi cabaran kepada peserta dengan laluan pendakian yang berbatu longgar dan agak curam.Di sini kekuatan,keseimbangan dan teknik yang betul diperlukan untuk sampai ke atas puncak sebelum menghadapi pendakian Bukit Maxis pula.

pendakian berbatu longgar

puncak bukit maxis

Kali ini King Of Desaru akan memberikan kepuasan kepada peserta dengan dua laluan singletrail.Singletrail pertama sebelum menuju ke checkpoint 2 iaitu satu laluan singletrail panjang yang dikelilingi semak samun dan lalang yang panjang.Permulaan laluan terdapat sedikit pendakian 4 teres yang agak tinggi juga.Laluan singletrail agak beralun permukaannya memerlukan fokus yang lebih semasa berkayuh disini.Singletrail kedua pula selepas checkpoint 2 iaitu satu laluan hutan sepanjang hampir 1km melalui celah-celah pokok yang memerlukan skill yang tinggi untuk berkayuh disini.Aku memberi jaminan yang dua laluan singletrail ini akan memberi kepuasan kepada peserta yang menyertai acara ini nanti.Selepas singletrail kedua laluan terbuka pula melalui trail roller coaster di dalam ladang siang sehingga menuju ke laluan pantai sepanjang 5km dan sedikit singletrail sebelum menuju ke garisan penamat.

Sebenarnya dua kayuhan ini tidak melalui 100% laluan jamboree sebenar tapi sudah cukup memberikan gambaran rintangan yang akan ditempuhi peserta nanti.Jika ingin merasa kepelbagaian laluan trail dari ladang getah,kelapa sawit,singletrail lalang,singletrail hutan dan pantai dengan sedikit laluan 'rock garden' jangan terlepas peluang anda untuk menjadi King Of Desaru nanti.


singletrail lalang
singletrail hutan
melepasi rock garden di tepi pantai

No comments: