iklaneka

Friday, October 10, 2014

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ)

Sempena hari raya Aidiladha yang lalu sehari sebelum menyambutnya Panjang telah bersuara untuk berkayuh bersama geng GACC yang lain.Kayuhan ini juga sebagai mengimbau kembali kejadian kayuhan 4 tahun lepas juga sebelum Aidiladha dimana Zaki telah dikejar lembu semasa berkayuh.Cerita yang tak pernah hilang dimana setiap kali berbual pasti cerita tersebut akan diulang tayang.
Maka hari sabtu sebelum raya hanya 6 orang saja yang tak sibuk sangat dengan persiapan raya iaitu aku,Zul,Man Tiram,Panjang,Hairol dan Enal.Mangsa kejadian 4 tahun lepas Zaki sibuk meniaga.Kayuhan bermula agak lewat kerana menunggu Enal yang last minit baru call nak join.
Plan asal nak ikut laluan jambore yang dulu.Tapi terdapat pula musibah yang melanda Hairol yang keciciran beg duit dalam trail akibat saddle beg yang terbuka.Memandangkan sudah hampir dengan Sungai Papan maka Enal mencadangkan untuk meminjam motor kawannya kemudian back track mencari beg duit tersebut.
Kerja pencarian dilakukan oleh Zul dan Hairol sendiri manakala yang lain mengkebungkan perut di kedai makan di jeti Sungai Papan.Nampaknya dah ada restoren makanan laut kat situ.Bolehlah bawa family lepas ni try tempat yang baru ni.Hampir sejam juga menunggu Zul dan Hairol melakukan kerja pencarian.
Akhirnya beg duit yang dicari pun telah dijumpai tapi didalam keadaan yang sadis.Rupanya telah dikokang 6 ekor anjing dalam kebun.Habis duit RM90 dan sekeping kad apa ntah aku pun tak tau kena makan dengan anjing.Nasib baik gambar awek tak kena kokang sekali.Nampaknya dah ada cerita baru untuk diceritakan lepas ni.
Kerana dah terlalu lewat kami mengambil keputusan untuk melalui jalan raya untuk balik.Kami memilih laluan Kampung Muhibah dengan bentuk jalannya macam roller coaster.Hampir-hampir nak krem gak aku kat sini.Seterusnya mengambil shortcut laluan kebun terus menuju ke kawasan perkuburan Gugusan Adela.Walaupun kecewa tak dapat melalui sebahagian lagi trail jambore tapi dapat juga jarak kayuhan 40km.Puas la juga.Selamat Hari Raya Aidiladha buat rakan-rakan semua dari team GACC.







No comments: