iklaneka

Wednesday, October 29, 2014

HM Mtb GP Nibong Tebal

Pertama kali aku menyertai jambori harian metro ni.Lokasi Nibong Tebal ni merupakan edisi ketiga untuk tahun ni.Penyertaan aku pun secara tak sengaja.Kebetulan sehari sebelum berlangsungnya acara tersebut aku ada urusan di Kepala Batas.Bila tengok tarikh aku ke sana sehari sebelum acara maka aku pun ambil la kesempatan untuk menyertai sekali.
Aku pergi dengan family check-in hotel dekat Nibong Tebal berhadapan pula dengan kampus USM iaitu tapak acara.Memang tepat dah pilihan aku.Ramai juga yang menginap kat hotel aku ni dapat gak la berkenalan dengan geng dari Kerteh.Ambil goodies petang jumaat tengok2 dalam beg dia bagi 2 helai t-shirt.Alhamdullilah rezeki maka aku hadiahkan untuk isteri aku.
Sebenarnya takde apa nak cerita pasal acara ni memandangkan semua sedia maklum acara anjuran akhbar harian metro ni hampir sempurna.Malah aku rasa trail yang disediakan memang terbaik bagi aku.Banyak pendakian yang mencabar terutama di 10km terakhir memang betul2 menguji mental aku.Permulaan offroad agak berlumpur gak tapi sayang kena tolak basikal ramai2 sebab dah jem.Kalau dapat kayuh memang syok.Paling best setiap downhill yang dihidangkan memang aku jiwai sepenuh hati.Best gila tapi agak bahaya sebab banyak laluan air yang bersirat.Ramai gak yang jatuh.Nasib baik baru tukar tayar maxxis high roller memang memberikan cengkaman luar biasa disetiap liku2 downhill.Terima kasih kedai basikal lasak Nilai sebab simpankan tayar ni untuk aku.
Lepas abis acara aku pun menyusuri jalan lama Parit Buntar sampai Taiping sebab nak pekena mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang.Punya la ramai orang.Aku tengok kedai mee udang lain sunyi sepi tapi kedai Mak Jah punya la ramai.Aku rasa biasa je tapi bini aku cakap memang sedap.Mungkin lepas kayuh lidah aku rasa kebas kot.Abis makan beli jeruk Pak Ali sikit untuk bekal balik Seremban sebelum balik Johor hari ahadnya.




No comments: