iklaneka

Thursday, November 20, 2014

PBL Funride


Funride ni merupakan sempena perasmian kedai baru Pusat Basikal Lim sebuah kedai basikal yang paling dikenali di Kota Tinggi.Aku dah mengenali Lim,Daniel (abang Lim) dan Irene (isteri Daniel) dekat 9 tahun.Masa itu PBL masih lagi dilokasi lama sebelum berpindah beberapa lot kedai sebelahnya akibat banjir besar.Kini PBL telah membuka lagi sebuah kedai yang lagi besar bagi memenuhi keperluan peminat-peminat basikal di Kota Tinggi khususnya.

Funride ini menghimpunkan lebih 300 peserta dari sekitar Kota Tinggi,Johor Bharu dan Pasir Gudang.Penyertaan percuma dengan laluan sejauh 25km sahaja.Pergerakan peserta dengan kayuhan yang santai agak lancar dengan diawasi marsyal dan pasukan Rela.Kayuhan tamat sekitar 10.30 pagi dan peserta dihidangkan dengan bufet nasi beryani dan cabutan nombor bertuah.Alhamdullilah Zul berjaya mendapat botol air,anak Enal dengan helmet basikal dan Karim dengan sebuah basikal mountain bike jenama XDS.Tahniah kepada semua yang berjaya memperolehi hadiah dan semoga Pusat Basikal Lim terus sukses.

perasmian

karim,zul dan ude

man tiram dengan basikal jepun sportrim putih...laju gak

enal ngan anaknya

aku le...sebelah tu otai air tawar 2

lukman,karim dan aku

bertuah saja karim ni...tahniah







No comments: