iklaneka

Thursday, November 20, 2014

KING OF DESARU 2014


King Of Desaru edisi ketiga.Salah satu acara basikal bukit yang dinantikan selepas kejayaan acara ini pada tahun lepas.Buat pertama kalinya kelab GACC mendaftar peserta paling ramai dalam sejarah kelab iaitu 20 peserta.Alhamdullilah semakin ramai belia felda di Gugusan Adela sudah berminat dengan sukan basikal ini.

Dari 20 orang yang berkayuh hanya 15 orang kerana yang lain ada komitmen yang tak dapat dielakkan.Seperti tahun lepas ditapak acara Kompleks Sukan dan Udara Rakan Muda Desaru kali ini menghimpunkan seramai hampir 1300 peserta.Laluan trail pula sepanjang 45km meliputi ladang getah dan kelapa sawit Lembaga Getah Malaysia,laluan singletrail lalang dan hutan,laluan kelapa sawit Ladang Siang,ladang tembikai dan persisir pantai Tanjong Lompat serta singletrail ditepi pantai sehingga penamat.

Dengan kepelbagaian hidangan trail disediakan cukup menguji mental para peserta.Laluan yang paling menarik bagi aku tentulah di singletrail lalang dengan keadaan muka bumi yang beralun-alun.Laluan singletrail hutan pula walaupun pendek tapi menyeronokkan dan malangnya kemungkinan kawasan tersebut akan dilapangkan untuk pembinaan perumahan.Laluan di ladang tembikai menyajikan tembikai yang segar melegakan badan ketika matahari di atas kepala.Nasib baik tuan tanah dah bagi kebenaran untuk dimakan tembikainya.Terakhir laluan singletrail ditepi pantai cukup untuk mencabar kemahiran menunggang basikal kerana laluannya yang agak teknikal.

Keseluruhan acara ini berjaya dari segala segi tapi laluan tarmac yang panjang sebaik keluar dari Ladang Siang ke ladang tembikai agak memenatkan juga.Mungkin untuk tahun depan dapat dikurangkan sikit.Bagi ahli-ahli baru GACC yang pertama kali merasai pengalaman berjambori mereka tidak merasa serik malah inginkan lagi untuk menyertai acara seperti ini.Semangat yang aku harap kekal selamanya.Tahniah untuk ahli GACC yang menyertai acara ini dan berani menyahut cabaran.

antara GACC yg pergi

zam,karim dan medan

zam,ude,karim dan lazim

man tiram






1 comment:

Unknown said...

xtau pon ade event ni area kota tinggi.