Kisah terjadi pada 22/10/10.Sebenarnya malam tu ada latihan kayuhan malam untuk Burung Hantu Nite Jamboree.Yang berkayuh 4 riders sahaja iaitu Joni,Zul,Zam dan Zaid.Siangnya pula hujan telah turun dengan lebatnya.So,dapat la aku bayangkan bagaimana berlecaknya trail yang akan kami tempuh nanti.Kayuhan yang tak ada punca ini pun sebenarnya main redah je trail yang mana suka.Tup-tup keluar berdekatan dengan Bandar Penawar.Tengok jarak kayuhan baru 17km je.Masih belum puas lagi.So,kami ambil keputusan untuk kayuh on-road ke Bandar Penawar dan lepak-lepak kat dataran penawar.
Dan kisah 1001 malam pun terjadi.Di dataran bandar penawar ni ada 1 stage yang tingginya 4 kaki dan bersambung ke jalan raya.So boleh la berkayuh sampai atas stage.Tanpa diduga,Zaid yang sedang meng'control handsome'nya sebab ada 3 orang gadis bertudung melepak kat situ dengan selamba meluru laju tanpa perasan didepannya ada tebing stage setinggi 4 kaki.Apa lagi,terus terbaring kat bawah.Kitaorang pun cuak juga sebab kawasan bersimen.Takut pula terpatah tangan atau pecah kepala sebab kepala yang menjunam dahulu.Tapi syukur tak ada apa-apa berlaku kecuali kedua-dua tangan terseliuh dan kepala sedikit berdarah.Nasib baik pakai helmet.
Kami pun call Pak Ali yang tinggal di Bandar Penawar untuk menghulurkan bantuan sebab yang pasti Zaid sudah tak mampu untuk berkayuh balik.Itu pun degil gak nak kayuh sesama.Nak angkat cawan air teh pun tak larat.Akhirnya kami bertiga je yang balik berkayuh melalui tarmac.Cuaca yang sejuk pada malam itu sangat cepat membantu kaki untuk krem.Kami selamat sampai di rumah pada pukul 1 pagi dengan jarak kayuhan 34km.Keesokannya Pak Ali dan Zam menghantar Zaid untuk membuat pemerikasaan x-ray keatas tangannya.Alhamdullilah tak ada apa-apa yang teruk kecuali bengkak sahaja.Semoga cepat sembuh dan dapat berkayuh di Burung Hantu Nite Jamboree....
No comments:
Post a Comment