Kehadiran G.A.C.C ke Burung Hantu Nite Jamboree Melaka telah disambut dengan hujan yang lebat pada petang sabtu.Telah terbayang dalam kepala kami keadaan trail pada malam itu terutama Joni yang telah masak akan keadaan trail yang akan diredah nanti.Joni pernah berkayuh dengan M2BH sebelum ini di dalam trail tersebut.Dengan pulak dengan kehadiran seramai 1500 peserta yang akan melanyak trail nanti.Persiapan telah dibuat seawal pukul 6 petang dirumah Zaim di Taman Tasik,MITC.Jarak yang dekat dengan tempat bermula memudahkan kami hanya untuk berkayuh sahaja dari rumah Zaim tanpa pening kepala nak cari tempat parking kereta yang pasti sukar jika lambat.Malang bagi Zaid kerana tak dapat berkayuh kali ini kerana tangan belum pulih sepenuhnya dari kemalangan basikal minggu sebelum itu.Tapi semangat tetap ada dengan persiapan basikal dan pakaian yang seperti nak berkayuh.
Kayuhan telah bermula pada pukul 8.30 malam selepas persembahan tarian kebudayaan,tarian naga dan bunga api memberikan sedikit semangat kepada peserta untuk berkayuh.Melalui tarmac sehingga pintu masuk sebuah universiti (lupa plak nama) sebelum melalui jalan offroad telah berlaku kesesakan yang agak teruk.Rupanya terdapat seorang peserta wanita telah jatuh dan dengar cerita patah tangan.Sangkaan kami tentang keadaan trail memang tepat.Basikal telah menjadi terlalu berat dengan tanah yang melekat di tayar dan permukaan jalan yang licin membuatkan peserta ramai yang terjatuh dan mental mula drop.Ramai juga yang putus rantai dan tayar pancit termasuk team G.A.C.C juga.Zul yang pertama telah putus rantai kemudian diikuti Zam yang pancit tayar dan lebih malang rantai putus dan hilang.Puas juga mencari tapi tak jumpa.Misteri gak sebab yang mencari ramai.Zaim pula telah mengalami pancit tayar dan putus rantai.Hanya Joni yang selamat sampai tanpa apa-apa kecelakaan.
Joni adalah yang pertama sampai dengan ranking 697 pada pukul hampir 1 pagi.Diikuti Zaim dan yang lain-lain.Keseluruhan jamboree kali ini seperti kurang kemeriahan tak seperti tahun yang lepas dimana hadiah untuk lucky draw sedikit sangat.Walaupun sedikit tapi untuk main lucky draw hadiahnya adalah groupset Shimano XT 10 speed.Bertuah yang dapat.Trail pula seharusnya dipuji kerana banyak singletrail dan rideable walaupun keadaan trail dah macam sawah padi.Apapun G.A.C.C amat berpuashati dengan penyertaan kali ini.
persiapan terakhir...
G.A.C.C worrior...
G.A.C.C worrior...
mamat ni x kayuh pun ttp bergaya...
inilah barisan kita...
tu dia basikal kotor tahap gaban...
muka penat masing2...
basikal zam hilang rantai...hantu mana la sorokkan...
suka gambar ngan ezlyn hye...hye...bye...bye...(top 5 women)
No comments:
Post a Comment