Ekspedisi Berbasikal Sekolah Menengah Kebangsaan Adela ( SEMEKA ) ini adalah penganjuran kali kedua pihak sekolah bersama guru dan pelajar melakukan aktiviti berbasikal.Kali ini destinasi yang akan dituju adalah ke Kampung Lepau,Pengerang sejauh 40km pergi dan balik.
G.A.C.C sekali lagi telah dipelawa oleh pihak sekolah untuk turut serta menyertai dan memeriahkan lagi ekspedisi ini.Selain itu G.A.C.C juga turut berperanan sebagai marsyal,memantau keselamatan peserta ekspedisi dan memberikan tips cara kayuhan yang betul kepada peserta yang terdiri dari pelajar sekolah.
Ekspedisi bermula pada pukul 8.00 pagi telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua SEMEKA.Dengan kereta pengiring dan sebuah lori yang membawa bekalan minuman dan makanan,ekspedisi telah sampai di Kampung Lepau pada pukul 10.00 pagi.Oleh kerana tiba awal dari jangkaan pihak sekolah, maka kayuhan diteruskan sehingga jeti Tanjung Pengelih sejauh 10km.Setelah melepaskan lelah di jeti,ekspedisi kemudian berpatah balik semula ke Kampung Lepau untuk menikmati makanan tengahari.Tepat 12.30 tengahari, Ekspedisi bergerak untuk berkayuh pulang.Dengan keadaan cuaca yang panas cukup membuatkan peserta ekspedisi cepat kepenatan ditambah pula keadaan jalan pulang yang berbukit.Disini dapat diperhatikan semangat pelajar yang sehabis boleh berkayuh untuk menghabiskan kayuhan walaupun diwajah masing-masing jelas tergambar kepenatan.
Ekspedisi selamat sampai semula di perkarangan SEMEKA hampir pukul 2.00 petang.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mampu menghabiskan kayuhan mereka.Diharap hubungan yang terjalin antara G.A.C.C dengan pihak SEMEKA dapat diteruskan sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment