iklaneka

Friday, November 26, 2010

Pencarian Trail Baru

22/10/2010 merupakan hari keputeraan DYMM sultan johor yang baru.Mengambil kesempatan cuti umum itu, G.A.C.C melakukan kayuhan pemanas badan bagi menghadapi Plentong Epic Ride pada 28/10/2010 nanti.Seramai 7 riders meluangkan masa pada hari itu untuk berkayuh termasuk riders dari air tawar 5 iaitu Bro.Tumiran.Kayuhan kali ini akan melalui trail yang baru untuk diteroka iaitu di kawasan hutan loji sungai lebam.Kayuhan pada pagi itu telah disambut dengan semangat hujan yang lebat dan dimulakan dari trail kelapa sawit dahulu.Setelah 20km baru la bertemu ngan trail loji sungai lebam.Singletrail sejauh 10km cukup membuatkan Joni dan Zam memecut laju meninggalkan riders yang lain.Berehat sebentar ditepi tasik loji sebelum meneruskan misi merintis trail yang putus.Maka bermula la acara jungle tracking sejauh 5km.Memang agak memenatkan dengan keadaan trail yang penuh ngan pokok tumbang.Sepanjang jalan terpaksa mengangkat basikal sehingga rasa macam nak buang je basikal.Setelah bertemu jalan keluar kayuhan diteruskan kembali di trail kepala sawit sehingga penamat.Cukup la latihan sejauh 34km untuk manghadapi plentong nanti yang sejauh 60km (???).

panorama cantik di tepi tasik...sungguh mendamaikan...
baju oren...bro tumiran....



siap pakai baju hujan lagi...



2 comments:

KANG LATEP said...

argh..kalau penat pun jgn dibuang basikal...he he..salam perkenalan

latep said...

dh siap trail imform k..