iklaneka

Tuesday, December 21, 2010

Pontian-Gunung Pulai...betul-betul easy ride...

Jamboree kali ini memang kena pada namanya-easy ride.Hampir 70% adalah melalui tarmac 25% jalan kebun kelapa sawit dan 5% singletrail hutan Gunung Pulai.Tarmac pula flat sepanjang jalan hingga amat-amat memenatkan dan ketidakselesaan pada punggong.Nasib baik cuaca pada hari tersebut redup hingga ke petang.Laluan yang paling mencabar adalah di dalam singletrail Gunung Pulai.Permulaan singletrail diberi laluan uphill yang licin dan berbatu.Kemudian menempuh 6km singletrail yang berlumpur dan rintangan akar yang besar-besar belaka.Penghujung trail pula adalah downhill yang agak teknikal,berlumpur dan licin pula.Disini saja yang dapat dirasakan kepuasan menunggang sebuah mountain bike.Manakala dilaluan yang lain rasa penyesalan membawa sebuah basikal full suspension dengan tayar 2.1".

Joni telah berjaya menamatkan kayuhan pada tepat 12.00 tengahari.Manakala Zam pada pukul 1.00 dan Zaid lewat 10 minit selepas itu.Jamboree kali ini hampir semua peserta tersesat jalan.Ini disebabkan marking jalan yang teruk dan terlalu kecil.Macam biasa, penganjur la jadi mangsa maki hamun semasa tersesat.Digarisan penamat pula, seperti tiada apa-apa yang berlaku dimana peserta terpinga-pinga kerana langsung tiada sambutan dari penganjur.Terpaksa la mencari sendiri dimana tempat nak potong nombor lucky draw.Nanti melepas pulak hadiah.

Jamboree kali tidak menghampakan ahli G.A.C.C yang pergi kerana semua pulang dengan hadiah masing-masing.Joni telah mendapat sebuah hanger rack basikal yang lekat kat dinding, Zam sebuah padel platform Wellgo dan Zaid dengan Dorcuss Sunglass.Terdapat kelemahan sebenarnya semasa cabutan bertuah ini dimana banyak nombor peserta tiada dalam kotak cabutan.Mungkin no.plate mereka tidak dipotong nombor untuk lucky draw disebabkan yang diceritakan diatas.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada penganjur untuk anjuran yang pertama kali di Pontian ini.Diharap akan datang dapat diperbaiki lagi segala kesulitan dan kelemahan yang berlaku jika diizinkan ada lagi penganjuran dari mereka.

No comments: