iklaneka

Wednesday, December 29, 2010

GUGUSAN ADELA MTB RIDE 2011-mapping trail

Pada ahad yang lepas dengan pertolongan dari Kulai Black Crow dan PG Gerek riders, mapping trail untuk Gugusan Adela MTB Ride 2011 telah berjaya dijalankan.Jangkaan awal hanya beberapa riders saja yang akan datang telah meleset apabila G.A.C.C telah menerima tetamu seramai 19 riders yang sudi datang dari jauh untuk membantu.
Dengan menggunakan GPS dari Bro Rahman (KBC) dan Panjang (PG Gerek), kayuhan telah dimulakan agak lewat iaitu pada jam 9.15 pagi.Dengan cuaca yang terang, kayuhan di Bukit Botak 2 beradik telah membuatkan para riders keletihan.Terdapat kecelakaan telah berlaku sebelum CP1 dimana Fauzan (KBC) telah terjatuh semasa melayan downhill.Trek yang belum habis dibersihkan lagi membuatkan penglihatan agak terhad terutama riders-riders luar yang tak biasa dengan keadaan trail disitu.
Di CP1, 4 riders memilih untuk chicken run kerana ada urusan lain yang menunggu.Sebelum sampai CP2, 6 riders lagi telah memilih untuk chicken run.Maka yang tinggal meneruskan perjalanan untuk menyelesaikan misi utama pada hari itu.
CP2 merupakan kawasan perkampungan nelayan berdekatan dengan sebuah jeti.Kami mengambil keputusan untuk melepak sambil mengisi perut disebuah kedai makan di tepi sungai.Suasana yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan masing-masing dah malas nak terus berkayuh.Tapi misi perlu disiapkan pada hari itu juga.Disini juga Zaid dan Zam datang untuk turut serta dimana pada awal kayuhan mereka tak dapat bersama kerana ada urusan.
Perjalanan ke CP3 dan CP4 tidak menghadapi masalah.Sampai digelung petak 1km sebelum CP4 ,kami berhenti berehat seketika untuk menikmati kesejukan air sungai.Zaid pula mengambil peluang untuk berkubang.Misi selesai tepat pukul 5.30 petang.Kayuhan 50km selama 8 jam dengan pelbagai kerenah dan ragam dan masalah tapi masih dapat melaksanakan misi utama kayuhan hari itu.
G.A.C.C ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu dari kelab Kulai Black Crow dan PG Gerek terutama Bro Rahman,Anje,Shukri,Hafiz dan Bro Tumiran yang membantu hingga ke penamat.






No comments: