Dengan hujan yang langsung tidak menunjukkan tanda untuk reda, kayuhan tetap dimulakan tepat pukul 8.30 pagi yang dilepaskan oleh Tuan Haji Ismail Bin Karim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi.Oleh kerana hujan yang turun selama seminggu tanpa henti telah menyebabkan trail agak berlumpur dan licin.Ramai peserta yang mengalami masalah brake pad haus,rantai putus dan rd patah.
Paling kami tak sangka apabila laluan dari CP3 ke CP4 telah dinaiki air separas pinggang.Anak sungai pula mengalir deras sehingga kami terpaksa menutup laluan terowong air kerana keadaan terlalu bahaya untuk peserta.Terima kasih kepada sweeper dan marshal motorcross yang sentiasa memastikan keselamatan peserta terjamin ketika meredah banjir dan anak sungai.
Peserta yang pertama sampai pada pukul 11.00 pagi berasal dari Singapura.100 peserta terawal telah dikalungkan medal emas oleh Pengurus Felda Tunggal manakala selebihnya dikalungkan medal perak.Acara telah berakhir pada pukul 4.00 petang setelah acara cabutan nombor bertuah.
Walaupun didalam hujan yang lebat,banjir dan masalah brek pad basikal, namun ramai peserta begitu bersemangat untuk mengahabiskan kayuhan mereka.Begitu juga kepada krew-krew yang bertugas dengan basah kuyup melayan peserta di setiap checkpoint malah di CP2 siap ada khidmat membaiki basikal dan di CP3 pula ada khidmat membasuh basikal.Tahniah untuk semua yang bersama-sama menjayakan Gugusan Adela MTB Ride 2011.
Gambar-gambar kayuhan boleh dilihat disini.
2 comments:
Good event bro...can do it again next year. BTW need something to be highlight during event for better arrangement next year. Thx to the motocross rider (KTM singapore plat no-Orange Color). Good jobs for you! The other motocross rider never seen at all except at the first cross bridge.No information at all about the trail condition during the event at the CP.Your sweeper never help at all (very-very to bade). BTW past is past. Looking forwards for better vision. My opinion,this is good event but lacking of co-operation from the organizer staff (never helpfull). I believe a lot of people will think twice if you organize this event next year. Good jobs!
hello bro...i'm sorry for that...we'll take it as the lesson learn for the next event...tq for yr feedback n support...
Post a Comment