iklaneka

Sunday, February 20, 2011

Waterfall Quest

Sudah lama aku tak kayuh kat waterfall trail ni.Plan kayuhan kali ini sebenarnya nak kumpul seberapa ramai riders Kota Tinggi dan sesi suaikenal.Maka yang datang seramai 27 riders yang rata-rata belum pernah menguji trek waterfall ini.Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi secara santai kerana ramai riders beginner termasuk 3 orang kanak-kanak dimana yang paling muda berumur 12 tahun.Tapi semangat mereka memang superb langsung tak kenal erti penat.
Hujan dan ribut yang melanda Kota Tinggi hujung bulan Januari yang lalu telah menyebabkan terlalu banyak pokok yang tumbang menghalang laluan trail.Seperti biasa dipenghujung trail akan menjanjikan kesejukan air terjun untuk riders melepaskan penat berkayuh.Acara kayuhan tamat pada pukul 12.00 tengahari dengan jarak kayuhan 21km sahaja.Apa pun semua seronok bagi mereka yang pertama kali melayan trail waterfall.







1 comment:

Anonymous said...

bila nak buat trip ke waterfall lagi?