Dah hampir dua tahun blog GACC ni sunyi sepi begitu juga dengan ahli-ahlinya.Seperti selepas tsunami semua lenyap dilanggar ombak...hahaha...Selepas pemergian bos besar GACC En.Razaim ke Kelantan kerana tugas dan aku yang bekerja di Terengganu,segala-galanya seperti tak kena pada GACC.Nakhoda dah takde maka kapal pun hilang haluannya.Anak kapal pulak buat hal sendiri.Ada yang dah gantung basikal,jual basikal dan lain-lain.Yang paling menyedihkan salah seorang ahli veteran GACC yang dah kembali ke rahmatullah.
Kini aku pun dah kembali semula selepas habis projek di Terengganu.Matlamat pertama aku nak menarik kembali ahli-ahli GACC yang dah gantung basikal untuk bergiat aktif semula.Kemudian membuat penjenamaan semula GACC dengan membuat jersey kelab yang baru dan menarik lebih ramai lagi penduduk kampung Gugusan Adela tua dan muda untuk turut berkayuh.GACC juga sedang merancang beberapa program kayuhan dengan masyarakat seperti Ronda Riadah dan Kayuhan Mesra pada setiap sabtu.In shaa Allah diharap segala yang direncanakan ini akan menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment