iklaneka

Thursday, May 30, 2013

EPIC is EPIC


Selesai sudah Plentong Epic Ride 2013 pada 26 Mei 2013.Menghimpunkan seramai 800 rider tegar dari Malaysia dan luar negara.Pastinya Plentong trail menjanjikan keseronokan dan cabaran seperti PER yang lepas.Tapi aku rasa kali ini agak kurang sikit penyeksaan yang diberikan.

tq mlake untuk gambar yg cun ni

 Aku memang tak pernah miss semua PER kerana aku sendiri cukup teruja dengan trail2 di Plentong semenjak pertama kali aku jejakkan tayar basikal aku di sana 8 tahun yang lepas.Setelah setahun PER berehat untuk event kali ini kemeriahan di tapak permulaan agak kurang.Walauapapun itu tidak la penting kerana apa yang paling utama adalah keseronokan melayan segala liku di dalam trail.Kali ini aku membawa sebuah basikal hardtail Merida Matts 40 dengan set yang biasa saja.Saja ingin mencuba bagaimana perginya basikal ini kerana belum benar2 diuji dilaluan offroad sejak dibeli.Keputusannya amat berpuashati dengan jentera hardtail ni melayan trail Plentong yang agak extreme dan teknikal walaupun terpaksa menahan kesakitan pinggang 20km yang terakhir.

Laluan yang paling aku rasa paling best adalah dari CP1 ke CP2 yang agak mencabar sekali terutama di singletrail bawah transmission.2 buah bukit yang kena lalu betul2 amat memenatkan bercampur pula dengan laluan sungai yang berlumpur sampai ke lutut.Bahagian paling best adalah downhill yang agak panjang terasa begitu nikmat jika aku bawa Giant Trance aku.Tapi xpe Merida ni pun mampu melayannya dengan baik sekali.
Keseluruhan memang aku amat berpuas hati PER kali ini sama juga seperti event yang dulu.Memang tak pernah mengecewakan.Tapi ada juga riders yang sesat hingga tak jumpa CP1.Sudah dimaklumkan bahawa jika tidak jumpa apa2 marking selepas 5km marking terakhir sepatutnya kena patah balik.Tapi itu la kalau dah niat nak berlumba,ingin kejar ranking dan ingin tonjol kehebatan pasti akan miss marking dan ingatan tu pun dah lupa.Yang penting sampai dulu walaupun bukan dilaluan yang betul.Bagi aku Plentong Epic Ride bukan la tempatnya nak berlumba dan nak kejar ranking.Epic is epic.Kalau nak berlumba pergi masuk LIMBC ke baru hebatkan....hahaha...Tak sabar nak tunggu PER2014 harap bukan tahun untuk Cyclemotion berehat.

No comments: