Kenape?Tak percaya ke?Ya,dengan berbasikal akan menjadikan diri kita lebih muda dari usia sebenar.Menurut kajian sainstifik,jika kita kerap berbasikal boleh melindungi kulit kita dari mudarat dan bahaya kesan radiasi ultraviolet (UV) serta dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan pada wajah kita.Secara praktisnya, berbasikal dapat membantu menambah pengaliran darah ke jantung dan membawa oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit dengan lebih lancar lagi.Sementara itu dalam waktu yang sama ianya juga membantu membuang toksin-toksin dari tubuh badan kita.
Selain itu, berbasikal juga membantu meningkatkan kekuatan otak kita.Kajian sainstifik membuktikan jika setiap kali kita melakukan 5% senaman kardio dengan berbasikal ianya mampu menambah 15% kekuatan minda kita.Berbasikal juga mampu meningkatkan kualiti seks terutama pada mereka yang sudah mendirikan rumahtangga.Lelaki yang berbasikal dapat meningkatkan 'kegagahan' seksualnya dari lelaki normal kepada 2-5 lelaki muda manakala bagi wanita yang berbasikal pula dapat melambatkan proses monopos lebih dari wanita normal.
Kebaikan juga kepada wanita yang mengandung jika melakukan senaman berbasikal semasa mereka mengandung.Berbasikal dapat membantu mereka memudahkan,mengurangkan 'complicated labor',mempercepatkan penyembuhan selepas bersalin dan mempunyai 'mood' yang baik sepanjang 9 bulan waktu mengandung.Ianya juga mampu mengurangkan 50% peluang untuk mendapat obesiti selepas bersalin.Mungkin ianya agak sukar dilakukan bagi wanita mengandung untuk melakukan senaman seperti berbasikal namun ianya juga dapat membantu keadaan wanita yang mengandung dan anak yang dikandungnya.
Banyak lagi kebaikan berbasikal bukan sahaja dari segi kesihatan malahan persekitaran,kehidupan,hubungan sosial antara rakan dan keluarga dapat dipertingkatkan.Motivasi datang dari dalam diri kita dan jika kita tidak memanfaatkan kebaikan ini maka kita tidak akan dapat hasilnya kemudian nanti.
No comments:
Post a Comment