iklaneka

Tuesday, November 5, 2013

2nd Desaru MTB Jamboree 2013



Aku sebenarnya ditugaskan sebagai marsyal dalam event ini oleh pengerusi DU Bikes Ustaz Radzi.Tapi last minute aku bertukar fikiran untuk menjadi peserta kerana aku merasakan tak puas lagi berkayuh dalam trail desaru ni.Sebab lain kerana mengikut naluri hati yang meronta-ronta suruh aku berkayuh dan jika aku berkayuh bermakna ada la benda aku nak cerita panjang lebar dalam blog aku ni yang sentiasa sepi.Aku bergerak dari Gugusan Adela dengan Nan dan Pro Rider Jon aka Collin dengan sorang satu kereta dan satu basikal.Apa tak reti berkongsi kereta ke korang ni hahaha...

Ini merupakan penganjuran kedua DU Bikes dimana yang pertama penganjurannya agak kurang sambutan kerana promosi yang kurang dan selisih dengan event yang lain.Tapi kali ini DU Bikes telah pun membuat persiapan yang agak rapi dan teliti dari trail hingga pengurusan.Aku ucapkan syabas kepada DU Bikes kerana event ini tidak mengecewakan dan lain dari kebiasaan event yang pernah korang pergi.Memang amat berbeza sekali laluan trailnya.Rugi sapa yang tak datang berkayuh.

Aku dah beberapa kali juga berkayuh kat trail desaru ini termasuk 2 kali test trail tapi dua-dua separuh trail je.Apa yang menarik test trail pertama laluan lain manakala test trail kedua dah tukar lain pulak.Jika event ni dihidangkan dengan trail yang pertama aku test nescaya korang tak akan puas.Tapi setelah laluan ditukar dan menjadi rasminya sebagai event trail maka korang pun merasa keseksaannya dan kepuasannya.Dari starting hingga CP1 menghidangkan laluan berbukit bukau tanpa mengenal kasihan.Masuk je offroad dah dihidangkan bukit yang panjang sehingga la jumpa CP1 yang berada di atas bukit.Klimaknya tentu la kat bukit maxxis dibelakang sekolah sukan bandar penawar.CP1 ke CP2 pun mencanak gak bukit-bukitnya dengan keadaan trail yang open terutama di kawasan mendaki.CP2 dilokasi Taman Desaru Utama disertakan dengan pisang dan air.Terima kasih kepada Rahman KBC atas pemberian sneak energy bar ciptaannya sendiri.Memang sedap.Sapa nak boleh order dengan Rahman KBC.


CP2-CP3 adalah laluan road sebelum memasuki offroad ladang siang yang tersangat panas kerana open trail dan berbukit bukau.Nasib baik pendek je sebelum memasuki road semula menuju bulatan Tanjung Balau dan menuju CP3 yang terletak di tepi pantai.Maka bermulalah "Kayuhan Di Tepi Pantai" yang panjang dan panas.Nasib baik aku lalu air dah surut.Rider yang awal-awal lalu memang mandi air laut rasanya jika mengikut bekas tayar dimana waktu mereka lalu mungkin air tengah pasang.Kat sini aku kayuh santai-santai je sambil menikmati deruan ombak sambil melihat aksi budak-budak Singapore main surf.Kalau aku bawa fat bike memang sesuai sangat la kayuh kat pantai ni.Laluan pantai ni pun ada rock garden section tapi tak teknikal mana pun.Main cilok-cilok je celah batu.Kemudian masuk semula laluan singletrail yang pendek sebelum ke garisan penamat.


Apa yang menarik di garisan penamat ada 2 bunker pasir macam korang tengok kat padang golf tu.Tapi yang ni kat event basikal mountain bike.Ni pasir pantai semulajadi ada kat situ tapi memang agak menarik la sebab rider conform tak kayuh laju-laju ke panamat.Sampai bunker kalau tak slow atau pun menolak.Aku pilih menolak sebab dah malas nak kayuh.Yang jatuh pun ramai gak sebab nak tunjuk terror kat awek-awek yang bagi medal hahaha...Memang lain dari yang lain yang tak akan korang jumpa kat mana-mana event pun.Lepas kayuh jangan lupa basuh basikal kat bomba.Nanti ada plak yang jahanam kena air masin.



Dari segi marking kat trail memang terbaik sebab jelas walaupun sekadar tanda anak panah dan zebra tape.Tanda anak panah diletakkan disetiap simpang diatas paras mata.So memang rider akan nampak jelas mana arah yang kena lalu.Tapi ada juga yang tak jumpa CP1.Ni memang kes terlampau laju sampai tanda semua tak nampak.Aku cadangkan untuk next event letakkan sekali potongan kertas disetiap simpang.Mungkin lagi mudah untuk dilihat jika tak nampak anak panah.

Dari segi pengurusan juga perlu diucapkan tahniah dengan crew yang ramai di setiap CP dan finishing.Crew juga amat membantu peserta terutama di dalam trail jika terdapat kesulitan dan kemalangan.Makanan pun menarik dengan hidangan nasi ayam walaupun aku makan tak abis tapi memang sedap.Lucky draw aku tak tau sebab aku dah cabut dulu gi lepak kat waterpark lotus desaru dengan family.Tapi no aku ada luck gak dapat la 2 biji blinker ngan kenda tiub yang diambil oleh Nan.Harapan untuk dapatkan motor EX5 tak kesampaian.Takpe la takde rezeki.

Secara keseluruhannya 2nd Desaru MTB Jamboree boleh dikira antara event MTB terbaik dari segala segi.Aku mengucapkan tahniah sekali lagi kepada penganjur DU Bikes dan semua crew yang terlibat.Tak rugi aku kayuh...



No comments: