iklaneka

Thursday, November 28, 2013

SENAI AIRPORT MTB XC CHALLENGE 2013


Senai Airport dengan kerjasama kelab Prince Town Knights atau PTK telah menganjurkan pertama kalinya Mountain Bike XC Challenge.Menariknya pemilihan lokasi event ini adalah di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang sentiasa sibuk dengan penumpang pada hari minggu.Penyertaan yang terhad untuk 1300 peserta sahaja telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan selepas sahaja pendaftaran dibuka.


Aku pada mulanya memang tidak berhasrat untuk menyertai event ni memandangkan tarikh event hampir dengan tarikh duedate bini aku yang akan bersalin anak ketiga.Tapi rezeki Allah anak aku telah selamat dilahirkan awal sebulan dari jangkaan tarikh tersebut.Maka aku pun berasa teruja untuk menyertai event ni.Memandangkan penyertaan yang terhad maka aku hanya mengharapkan pada rakan-rakan yang mendaftar tapi tak pergi.Alhamdullilah disaat akhir dapat juga nombor plate untuk dipakai.Bergerak seawal pagi bersama-sama Yan,Aidil dan Zul kemudian berkonvoi pula dengan team DU Bikes kami agak awal juga sampai di lokasi event.Memandangkan ini adalah challenge dan memang bukan tahap aku untuk bersaing dengan rider-rider pro,factory dan kelab maka aku seperti biasa kayuh santai-santai je la melayan liku-liku trail,janji abis dan mendapat kepuasan.


Peserta telah dibekalkan dengan sebungkus roti gardenier oleh penganjur sebelum berlepas.Ada juga bekalan kalau lapar dalam trail.Pelepasan telah dilepaskan tepat jam 8.30 pagi dengan iringan bunyi pesawat nak berlepas.Ye la kita kan kayuh kat airport so gimik kena ada.Melalui tarmac turun naik agak semput gak awal-awal kayuhan ni sebelum memasuki offroad berdekatan taman hutan bandar Kulaijaya.Ini merupakan laluan untuk event KBC dulu dan laluan trail pun ulang cetak dari trail event yang dulu.Pemilihan trail memang agak mantap juga dan rideable.Macam-macam kejutan ada didalam trail seperti twin peak,villa nabila dan lorong tikus.Laluan di tepi pagar kawasan landasan lapangan terbang ditengah cuaca yang panas memang agak melemahkan mental dan fizikal.Laluannya memang agak panjang juga.Tanda jalan pun agak jelas dan kali ni takde plak aku dengar rider yang sesat tak jumpa CP.Bercerita pasal CP,bagi aku crew CP2 paling menarik bukan sebab team JB women riders yang jaga tapi sebab ada air bandung yang sedap.Sampai aku tak cukup tangan nak pegang air penangan dari crew CP2.


Sebelum sampai CP3,Yan telah mengalami kerosakan pada basikalnya iaitu hanger rd patah.Kalau dah hanger patah memang jalan penyelesaiannya kena convert basikal jadi single speed la.Yan pulak macam dah patah semangat nak teruskan kayuhan tapi dengan kata-kata semangat dari rakan-rakan dapat gak dia habiskan kayuhan.


Ramai juga aku jumpa rakan-rakan lama yang dah lama tak berjumpa dan berkayuh bersama.Bergurau senda dengan rakan-rakan basikal dari seberang tambak memang agak menghiburkan dan menghilangkan penat.Memang itulah sebenarnya tujuan kita berbasikal untuk mencari rakan bukan lawan.Secara keseluruhan event ini memang berjaya dan patut dianjurkan lagi pada masa akan datang.


No comments: