Bukit Bauk terletak 6 km dari bandar Dungun, Terengganu melalui jalan Dungun-Kuantan dan 130 km dari Kuala Terengganu melalui jalan Kuala Terengganu-Dungun.Disini terletaknya Rimba Bandar Bukit Bauk yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk.Bukit Bauk merupakan lokasi paling popular dan sentiasa menjadi tumpuan pada kaki-kaki joging dan basikal pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
2011 dan 2012 aku telah bertugas di Paka, Terengganu.Dikesempatan itu aktiviti basikal sudah tentu aku tak lupakan dan aku membawa sekali basikal aku ke Terengganu.Kebetulan rakan serumah juga minat berbasikal oleh itu sudah ada rakan mengayuh selain rakan-rakan mengayuh dari Paka dan Dungun yang baru dikenali.Biasanya aku akan berkayuh dengan rakan-rakan team Geng MEPPEH setiap hari Jumaat di trail sekitar Paka dan Kerteh.Terdapat sebuah kedai basikal, Cyclestream di Kerteh yang diuruskan oleh anak muda berbangsa Melayu bernama Syaril.Memang kedai inilah yang sentiasa menjadi tumpuan aku untuk servis, beli aksesori basikal atau sekadar melepak.
Perkenalan awal bersama Geng MEPPEH
Kayuhan bersama Geng MEPPEH
Jika tidak berkayuh aku akan berjoging di Bukit Bauk bersama rakan serumah.Trek yang berturap sejauh 2.91 km menjadi pilihan penduduk sekitar untuk beriadah pada hujung minggu.Selain berjoging, ramai juga pengunjung yang berbasikal mencabar diri dan sebagai latihan untuk kayuhan pendakian bukit.Ketinggian laluan joging Bukit Bauk adalah 336 meter dari aras laut dan ketinggian sebenar adalah lebih dari itu.Ini kerana laluan joging akan berakhir di pintu pagar pencawang syarikat TM.Oleh kerana aku menggunakan basikal all-mountain,maka aku tidak mempunyai keyakinan untuk menakluk Bukit Bauk ini dengan basikal pada mulanya.Malah, apa yang aku perhatikan jenis basikal yang biasa digunakan di Bukit Bauk ini adalah pengguna mountain bike hardtail dan roadbike.Tak pernah lagi aku jumpa full suspension bike ataupun all-mountain bike menggagahi untuk mendaki sepanjang pemerhatian aku melakukan aktiviti joging.
Laluan masuk trek joging dan basikal
my workouts by Endomondo
Pemandangan
Laluan trek
Penghujung laluan trek joging
Namun persepsi itu berubah apabila aku dijemput oleh Cikgu Husin-orang kuat Dungun MTB ( DMTB ) untuk menyertai satu acara funride anjuran Majlis Perbandaran Dungun.Acara berbentuk santai meliputi basikal dan larian ini disertai oleh penduduk sekitar.Aku memilih untuk berbasikal yang pada mulanya sangkaan aku merupakan kayuhan offroad di Bukit Bauk tapi rupanya kayuhan mendaki Bukit Bauk melalui tarmac.Untuk pengetahuan Bukit Bauk takde trail offroad untuk basikal tapi hanya untuk jungle treking sahaja.Dan pada hari itu juga dalam hujan gerimis aku berjaya mengemudi all-mountain bike aku sehingga check point simpang pokok Pulai iaitu titik terakhir bagi pengayuh basikal jika mendaki basikal di Bukit Bauk.Jika berasa lagi kuat bolehlah teruskan kayuhan sehingga puncak dimana kecerunannya amatlah menggerunkan.Tapi sebenarnya ramai juga yang sudah pernah sampai puncak.Sejak itu, beberapa kali juga aku mengayuh dari Paka ke Bukit Bauk dan mendaki sehingga simpang pokok Pulai sehingga menjadi gian dan akan melakukanya 3-4 kali berulang-alik sehingga berasa puas juga penat.Sebenarnya Bukit Bauk merupakan tempat latihan bagi kelab-kelab basikal sekitar Dungun, Paka dan Kerteh setiap minggu malahan ada yang melakukannya setiap petang selepas pulang kerja.Maka, tak hairanlah diorang semua power dalam pendakian.
CP simpang pokok Pulai.Jalan atas tu menuju ke puncak dengan kecerunan yang ekstrem.Jika kuat boleh teruskan kayuhan.
CP simpang pokok Pulai
Bersama kelab DMBT dan rakan-rakan lain.Sebelah aku Cikgu Husin-orang kuat DMBT
Selain joging dan berbasikal di Bukit Bauk,aku juga pernah melakukan jungle treking merentasi denai yang disediakan.Laluan denai Bukit Bauk memang agak mencabar dimana banyak juga pendakian yang curam perlu dilalui.Di tempat-tempat yang sukar ada disediakan tali untuk membantu perjalanan.Walaupun denainya pendek sahaja tapi pertama kali aku masuk cukup memberikan kesakitan selama seminggu pada otot-otot aku.
Jungle treking sekali sekala
Aku sebenarnya amat merindui untuk berjoging dan berkayuh di Bukit Bauk dimana aku tak dapat merasainya di kawasan tempat tinggal aku sekarang.Bukan tidak ada bukit untuk tujuan berlatih mendaki tapi ianya tidaklah setinggi Bukit Bauk.Di sini ada satu bukit yang diberi nama Bukit Raja di mana terletaknya tangki air utama kawasan sini.Boleh la untuk lepaskan gian.Tapi Bukit Raja tidak menjadi kawasan riadah dan rekreasi penduduk sekitar tidak seperti Bukit Bauk.Jika korang berkesempatan untuk tinggal di Kerteh, Paka atau Dungun pastikan Bukit Bauk adalah lokasi wajib korang dan keluarga untuk beriadah pada hujung minggu.Memang antara tempat yang menarik di Dungun, Terengganu.
No comments:
Post a Comment