iklaneka

Saturday, December 28, 2013

Tebrau Johor Monsoon Ride 2013


22 December 2013-ada dua event jamboree mountain bike yang berlangsung di bandaraya Johor Bharu iaitu Tebrau Johor Monsoon Ride (TJMR) dan Sirkit 5 Metro Jamboree yang diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini.Aku pada mulanya bercadang nak berkayuh kat Metro Jamboree.Mana tau muka dapat keluar kat surat khabarkan.Jadi aku serahkan urusan pendaftaran kepada Aidil.Rupanya dia dah daftarkan aku kat TJMR lepas aku tanya dia kerana mendapati nama aku takde dalam senarai nama peserta Metro Jamboree.Nasib baik aku tanya nanti tak pasal-pasal aku melopong tak dapat kayuh.Aku pun tak kisah la janji aku dapat kayuh je kat mana-mana pun tak kisah.

2 minggu sebelum event berlangsung aku telah bercuti bersama family aku dan adik beradik dari KL ke Cameroon Highland ke Kelantan ke Penang dan kembali semula ke KL.Memang agak penat juga sehingga mengalami demam yang teruk hampir seminggu.Baik saja demam aku hanya ada masa seminggu untuk mengembalikan stamina balik.Itu pun batuk dan selsema masih belum pulih.Dengan keadaan cuaca lagi memang agak membataskan aku untuk berkayuh.Jadi aku berserah je la kat event nanti kalau mampu untuk habis Alhamdulilah la.Kalau tak mampu chicken je la.Aku rasa degupan jantung aku pun macam tak berapa stabil semasa berkayuh selepas baik demam ni.Timbul pulak rasa risau pada diri sendiri.

Alhamdulilah kesihatan aku semakin baik sehari sebelum event.Pagi ahad 22 December aku bergerak berseorangan dari Sungai Rengit ke Desaru dan menunggu team DU Bikes untuk berkonvoi bersama.Manakala Aidil gerak akan lambat sikit sebab ada urusan kerja dan Zul pula gerak dari Pasir Gudang.Yan tak dapat turut serta kerana berada di Scotland.Penyertaan TJMR 2013 yang julung kali dianjurkan ini hanya terhad kepada 300 peserta sahaja.Acara jamboree ini adalah acara sampingan sempena Karnival Felda Ulu Tebrau yang telah diadakan dari hari Jumaat dengan pelbagai acara.Untuk acara hari Ahad selain acara jamboree juga akan diadakan acara himpunan motor-motor besar dari kelab-kelab motor sekitar Johor.

gambar dari facebook fairul maskon di tapak karnival dan tempat pelepasan

Acara dilepaskan tepat jam 8.30 pagi melalui tarmac lebih kurang 5km sebelum memasuki offroad kebun kelapa sawit.Menariknya peserta melalui kawasan pasar pagi yang penuh dengan penduduk kampung mencari lauk dan sarapan.Ketika peserta melalui pasar tersebut pihak penganjur telah menutup seketika kawasan tersebut untuk dilalui peserta manakala pengunjung pasar berbaris sepanjang jalan pasar menyambut peserta dengan tepukan seperti kami berkayuh di LTDL.Perasan sekejap.Menuju ke CP1 adalah laluan berbukit bukau di dalam kebun kelapa sawit dan sekali sekala melalui tarmac jalan kampung untuk memasuki laluan offroad selepas itu.Kali ini langsung tiada kesesakan di dalam trail.Semuanya berjalan dengan lancar dan peserta pula berkayuh dengan santai sahaja.Mungkin jumlah peserta yang tak ramai jadi kayuhan jadi relax sahaja.

Dari CP1 ke CP2 aku dah berkayuh berseorangan.Agak pelik gak mana peserta yang lain atau pun aku dah berada dikedudukan yang terakhir.Persetan semua itu aku teruskan saja kayuhan hingga terjumpa seorang rider berbangsa cina dengan basikal specialized epic dan crank XX1.Aku hanya cucuk angin dia je sebab nak tengok XX1 punya penangan sebab dah lama berangan nak sambar tapi harganya hanya buat aku mampu bermimpi saja ler.Kat sini peserta akan melalui puncak tertinggi trail TJMR yang digelar Puncak Monsoon.Selepas Puncak Monsoon peserta akan dihidangkan laluan downhill yang buat aku teruja sebentar dan berkayuh ala-ala seorang rider downhill.Kemudian peserta dihidangkan laluan yang penuh dengan buah pulasan yang merah-merah.Kat sini ramai peserta sedang berehat sambil menikmati keenakan buah pulasan.Siap bawa bekal lagi untuk dikunyah semasa berkayuh.Kebetulan pokok pulasan itu kepunyaan salah seorang penganjur TJMR.

Zul sempat bergambar kat puncak monsoon

tarikan TJMR 2013...sambil kayuh sambil makan buah pulasan

Sampai CP2 aku relax sekejap dan terjumpa Wak Jai yang sedang membantu seorang rider junior yang kebocoran tiub tapi tak bawa tiub spare.Aku ingatkan dia kayuh kat Metro Jamboree sebab muka dia keluar dalam surat khabar metro.Wak Jai pulak dah pakai tiub spare dia maka aku dengan sukarela memberikan tiub aku malangnya tak boleh pakai pulak kerana aku pakai bal besar.Nasib baik ada rider yang ikhlas memberikan tiub sparenya.Tiba-tiba Aidil muncul yang mulanya aku sangkakan dia dah jauh ke depan.Rupanya dia pun kurang sihat kerana baru baik demam.Tu yang kayuh slow je.Aku pun meneruskan kayuhan dengan Aidil menuju ke CP3.Laluan ke CP3 banyak menghidangkan laluan singletrail di celah-celah pokok kelapa sawit yang becak dan licin selepas dilanyak banyak kali.Kebetulan sehari sebelum event kawasan sekitar telah dihujani hujan.Sampai CP3 peserta bukan sahaja dihidangkan dengan air dan pisang malah buah durian yang dah siap dikopek kulitnya.Aku hanya ambil bau sahaja manakala Aidil sedang enak membedal durian.

terjumpa Wak Jai kat CP2 sedang membantu tukar tiub rider junior (baju biru)

kelaparan kat CP3 abis 3 biji pisang sambil memandang Aidil membedal durian

Sampai ke tapak karnival sekitar pukul 12.30.Alhamdullilah berjaya juga aku habiskan kayuhan walaupun kat CP2 tadi rasa macam nak chiken je sebab rasa terlalu penat.Mungkin badan aku belum cukup fit.Sampai saja ke tapak karnival bunyi ekzos motor-motor besar dah kedengaran.Rupanya konvoi kelab-kelab motor sudah mula tiba.Peserta dikalungkan sebutir medal yang agak lawa juga dan juga hidangan nasi putih lauk ayam kicap,telur masin dan sayur kubis dicampur kacang panjang yang memang sedap gila.Sampai rumah masih lagi terasa kesedapannya.

Akhirnya nombor aku bertuah

No plate/medal/hadiah lucky draw

Rasa kepuasan berkayuh akhirnya ditambah lagi dengan hadiah lucky draw iaitu Shaklee energy drink performance yang dah lama sebenarnya aku nak cuba akhirnya dapat juga secara percuma.Jadi sebenarnya tak sia-sia la aku datang event TJMR ni kerana selain hidangan trail yang mantap,crew CP yang peramah dan hidangan makanan yang sedap aku juga dapat habuan.Cuma rasa terkilan sebab mercu tanda TJMR iaitu batu gajah aku tak jumpa.Harap lain kali penganjur kena letakkan papan tanda baru senang nak tengok.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.





No comments: