iklaneka

Wednesday, January 1, 2014

2014

Salam tahun baru 2014.Berlalu sudah 2013 kini kita didalam tahun yang baru.Rasa seperti terlalu cepat waktu berputar.Apa azam tahun baru korang.Bagi aku takde azam yang aku tanamkan hanya meneruskan kehidupan seperti hari-hari yang lalu dengan usaha kepada kehidupan yang lebih baik.In sya Allah.

basikal 'tua' aku yg banyak berjasa

Nampaknya sudah banyak acara jamboree yang menanti pengayuh-pengayuh tegar di tahun 2014 ini.Penyertaan aku yang terakhir pada 2013 adalah Tebrau Johor Monsoon Ride 2013 yang diadakan pada 22 Disember yang lalu.Balik dari kayuhan aku pun melakukan major servis pada basikal aku setelah setahun dilanyak tanpa rasa kasihan.Memang begitu la rutin aku setiap hujung tahun melakukan servis basikal di rumah sahaja tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk ke kedai basikal.Untuk 2014 ini mungkin aku akan melakukan sedikit peningkatan pada basikal aku yang dah berumur 7 tahun ni.Walaupun umurnya dah tua tapi masih lagi segak bergaya,sasa dan kental mengharungi segala liku laluan offroad yang mencabar.Tengah berkira-kira belanjawan untuk basikal 2014 ni.Kalau ada lebihan mungkin boleh sambar basikal baru.Dalam kepala nak sambar sebiji fatbike jenama On-One.In sya Allah semoga dipermudahkan segala keinginan.

Untuk acara jamboree 2014 ni ada juga yang menarik perhatian aku untuk menyertai.Antaranya Janda Baik (2) Waterfall MTB Ride yang akan diadakan pada 19-20 April 2014 dan Johor International Gunung Ledang MTB Ride yang akan diadakan pada 2-3 Mei 2014.Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh penganjur yang sama iaitu SK Event Management.Memandangkan Johor sudah bertukar cuti mingguannya iaitu Jumaat dan Sabtu maka acara-acara di luar Johor perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil cuti untuk menyertainya.



Selain dua acara ini antara yang aku nantikan adalah Plentong Epic Ride (harap-harap ada lagi tahun ni),Cameroon Highland Thompson Trail Funride yang aku melepas nak pergi tahun lepas,Siri Metro Jamboree (harap ada lokasi di Johor),Kayuh Lasak dan Burung Hantu Jamboree yang dah miss banyak kali.In sya Allah kalau ada peluang aku teringin nak berkayuh di negara luar seperti Singapura,Indonesia dan Thailand.

Selain menyertai acara-acara jamboree,seperti tahun lepas acara mini funride waterfall jamboree yang aku anjurkan bersama-sama Herman akan diteruskan untuk edisi kedua.Kemungkinan pilihan lokasi adalah di Air Terjun Tengkil di Petri Jaya,Kota Tinggi.Ini adalah acara kecil-kecilan sahaja tanpa penajaan dari sesiapa pun dan hanya menjemput rakan-rakan terdekat.Umpama sebuah acara gathering bersama-sama kawan-kawan terdekat.Tahun lepas aku dan Panjang ada merancang untuk berkayuh di Pulau Ubin,Singapura.Tapi masih tak kesampaian kerana kesibukan melayan acara-acara jamboree yang banyak di Johor ni.In sya Allah diharap impian itu dapat dilaksana pada tahun ini.



Pada tahun ini terlalu banyak acara jamboree yang dianjurkan di Johor tapi aku hanya mampu menyertai 5 acara sahaja.Tahun 2014 ni tak tau lah berapa banyak acara yang mampu aku sertai kerana aku amat memilih acara yang aku rasa aku patut pergi sahaja.Kalau tak pergi jambore pun aku masih lagi boleh berkayuh bersama rakan-rakan yang lain kerana aku berkayuh bukan untuk mengukur prestasi dan kemampuan aku tapi sekadar untuk meningkatkan mutu kesihatan sahaja.Aku juga sedang merencana untuk lebih banyak menyertai acara larian pada 2014.Tak kira la funrun ke marathon ke atau trail run untuk mencari kelainan pada aktiviti sukan aku.Untuk info Sirkit Cabaran Gunung Negara 2014 akan bermula pada 26 Jan 2014 di Gunung Datuk Negeri Sembilan.Jadi jika berminat kepada larian dilaluan yang mencabar boleh la menyertainya.


Diharap ditahun baru ini adanya sinar baru didalam kehidupan korang semua.Berbasikal sudah menjadi satu trend terkini bagi masyarakat Malaysia sekarang.Setiap jambore pula mampu menghimpunkan beribu peserta dari pelbagai golongan dan bangsa.Jadi kita wujudkan jalinan ukhwah kita sesama pengayuh agar komuniti ini dilihat sihat oleh orang lain.Harapan aku agar diperbanyakkan lagi acara berbasikal bukan hanya jambore tetapi kayuhan amal,XC race,mountain bike duathlon dan lain lagi.Sekian.

Antara acara basikal di Johor dalam masa terdekat ini :



Kalau rasa nak kayuh kat luar negara boleh cuba acara basikal ini :








































































































No comments: